Ekonomi Batu_Pahat_(bandar)

Batu Pahat merupakan bandar kedua pembuatan industri terbesar di Johor; meliputi industri tekstil, elektronik, pemprosesan makanan, kayu, tembikar dan plastik. Ia juga dikenali sebagai Pusat Tekstil Negara dengan menghasilkan 50% daripada tekstil yang dieksport dari Malaysia dan terdapat kira-kira 300 kilang pakaian dan tekstil.

Terdapat beberapa kawasan industri termasuk Tongkang Pecah, Parit Raja dan Sri Gading. Kawasan industri swasta termasuk Sri Sulong, Lian Aik dan Buditama, antara 20 ekar (81,000 m2) kepada 200 ekar (0.81 km2). Pelabur luar termasuk Sharp Roxy, Sony, Fujitsu, Hitachi dan Mitsumi. Terdapat lebih daripada 20 buah syarikat awam, termasuk Harta Packaging, PCCS, Baneng Holdings, S&P, Sharp Roxy, Ramatex, Southex, Prolexus, Fujitsu, Hitachi, Yong Tai, Hwa Tai, AE, Kia Lim, Kayu Wangi, Hup Seng, Xiang Leng, Magnum, SKP, SPI Plastics, BP Plastics, Cheng Yap Sdn. Bhd. dan Fast Track Solutions Bhd.

Pertanian merupakan satu lagi sumber pendapatan bagi penduduk setempat. Batu Pahat mempunyai beberapa kawasan terbesar seperti ladang getah, kelapa sawit, kelapa dan koko di Johor. Penghasilan buah-buahan seperti tembikai, betik, pisang, nanas, durian dan 20 jenis sayur-sayuran yang dieksport. Terdapat juga beberapa buah perkampungan nelayan berhampiran Selat Melaka, menyediakan sumber-sumber yang kaya dengan perikanan. Ikan hiasan seperti ikan kelisa adalah eksport utama untuk beberapa buah syarikat seperti Xiang Leng.[5]