Demografi Batu_Pahat_(bandar)

Penduduk

Demografi bagi bandar Batu Pahat
Kumpulan etnikPeratus
Cina
  
60.3%
Melayu & Bumiputera
  
37.1%
India
  
2.5%
Lain-lain
  
0.1%

Bandar Batu Pahat mempunyai penduduk lebih daripada 300,000 orang. Terdapat lebih daripada 100,000 isi rumah dengan jumlah penduduk seramai 468,058 orang di daerah ini. Mukim terpadat adalah Simpang Kanan dengan lebih daripada 250,000 orang dan yang paling sedikit adalah Bagan dengan penduduk hanya 4,692 orang.

Taburan penduduk di seluruh daerah ini adalah berdasarkan jantina dimana hampir sama dengan jumlah penduduk lelaki 169,087 orang dan penduduk perempuan 166,281 orang.

Bandar Batu Pahat terdiri daripada 37.08% Bumiputera (terutamanya Melayu), 60.29% Cina, 2.54% India dan selebihnya kaum lain. Majoriti penduduk kawasan bandar Batu Pahat terdiri daripada kaum Cina.

Bahasa

Masyarakat Cina di Batu Pahat terutamanya terdiri daripada keturunan selatan Fujian (Quanzhou, Xiamen dan Zhangzhou) dan wilayah Chaozhou kawasan wilayah Guangdong. Manakala, Hokkien atau minnan dan Teochew adalah bahasa utama di daerah ini, kemudian diikuti oleh dialek Hakka dan dialek minoriti yang ketara adalah Kantonis dan dialek Hainan.

Orang Cina di Batu Pahat biasanya bertutur dalam Bahasa Mandarin.

Agama

Di Batu Pahat, terdapat beberapa jenis agama terutamanya agama Islam, Buddha, Kristian, Taoisme, Hindu dan Konfusianisme.

Terdapat lebih daripada 400 buah kuil di daerah Batu Pahat dan kuil-kuil tersebut merupakan salah satu tempat yang menarik untuk pelancong dari negeri lain di Malaysia (terutamanya pelancong dari Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur) dan juga dari Singapura ketika hujung minggu. Kuil tersebut terletak di Segenting, Pantai Minyak Beku, Senggarang dan Bukit Pasir adalah tempat hotspot untuk dilawati oleh para pelancong.

Terdapat kepercayaan yang kuat menyatakan bahawa nasib baik dikurniakan atas doa dan mereka datang kembali dengan selalu. Beberapa kuil ini diubah suai dengan indah dan dengan itu ia juga menjadi tarikan kepada pelancong. Setiap hujung minggu, terdapat banyak bas perjalanan dari banyak jenis tempat terutamanya Singapura melawat kuil-kuil di Batu Pahat.