Makanan Batu_Pahat_(bandar)

Terdapat pelbagai jenis kedai makanan yang boleh didapati di sekitar bandar Batu Pahat. Antaranya ialah:

Nasi Briyani

Batu Pahat terkenal di seluruh Malaysia dengan nasi briyani gam yang sangat lazat. Nasi Briyani yang sangat popular dengan harga yang murah ialah Nasi Briyani Mohd Shah. Gerai Mohd Shah terletak di Benteng Batu Pahat, iaitu di Jalan Peserai. Gerai ini ditutup setiap hari Jumaat dan makanan selalunya habis seawal jam 3.00 petang. Selain itu terdapat juga Resoran Bariani Power yang terletak di Taman Soga, Batu Pahat. Restoran Briyani Power sedikit mahal kerana mempunyai restoran tersebut berhawa dingin dengan suasana yang selesa dan dibuka sehingga pukul 7.00 malam.

Murtabak Noor

Murtabak Noor antara murtabak yang popular di Batu Pahat dan boleh didapati sepanjang tahun di resoran ini. Restoran ini terletak di Jalan Rahmat dan di Jalan kampung Istana. Inti murtabak ini yang hanya daging dan bawang tanpa kentang menjadikan murtabak ini antara juadah yang di bawa balik apabila singgah di Batu Pahat.

"Mee Bandung"

Mee Bandung Muar yang terletak berhadapan dengan Hotel Garden Batu Pahat. Untuk ke sana dari Bandar Muar, sebelum Jambatan Batu Pahat, "Benteng" terletak di sebelah kiri. Antara makanan yang popular di sini ialah "mi racun". Batu Pahat juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati di gerai yang terkenal di BP Walk.

Mee rebus dan nasi lemak

Ingin merasai kenikmatan mee rebus asli dan nasi lemak terbaik di Batu Pahat singgah ke sebuah warung kecil di Jalan Zabedah berdekatan Wisma Sing Long pisang goreng juga terdapat di situ.

Asam pedas

Terdapat pelbagai restoran dan gerai makan yang menawarkan asam pedas pelbagai jenis ikan seperti diĀ :

  1. Yana Asam Pedas Batu Pahat (Jalan Syahbandar/Taman Flora Utama)
  2. Asam Pedas Pak Ali (Jalan Syahbandar)
  3. Asam Pedas Mak Limah (Jalan Rogayah)