Batuan_Tengah
Batuan_Tengah

Batuan_Tengah

Koordinat: 1°5′0″N 104°29′0″E / 1.08333°N 104.48333°E / 1.08333; 104.48333Batuan Tengah (bahasa Inggeris: Middle Rocks) merupakan dua batu kecil yang dikelilingi oleh laut terbuka yang terletak di permulaan timur Selat Singapura dan selatan Laut China Selatan. Batuan tersebut berada di kedudukan 8.0 batu nautika dari selatan negeri Malaysia iaitu Johor dan hanya 0.6 batu nautika dari selatan Pedra Branca. Batuan itu juga berada diantara 0.6 hingga 1.0 meter dari atas paras air.[1]