Penuaian Bawang_putih

Bawang putih yang telah dituai dijemur sebelum disimpan untuk kegunaan lain.

Penuaian dijalankan apabila daun mulai kering dan dicabut menggunakan tangan. Tanah yang tertinggal pada akar dibuang dengan tangan dan kemudian setiap rumpun diikat untuk dijemur. Bawang putih akan dibuat penggredan dengan 10 kg seikat mengikut saiz iaitu kecil, sederhana dan besar. Anggaran hasil bawang putih ialah antara 6 – 8 metrik tan satu hektar.

Penyimpanan bawang putih sangat penting untuk memastikan bawang berada dalam keadaan rehat (dorman) untuk suatu tempoh tertentu dengan suhu lebih dari 18 °C (64 °F) dan di kawasan yang berkelembapan udara rendah. Pada masa biasa (musim panas) bawang putih digantung di tepi atap atau rumah petani di Korea secara tradisional. Bawang putih tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk kerana kelembapan udara yang tinggi boleh mempercepatkan penguraian bawang putih oleh bakteria dan bawang menjadi rosak.