Khasiat Bawang_putih

Bawang Putih digunakan dalam bentuk segar (Untuk masakan dan perubaatan), dikeringkan dan juga diproses dalam bentuk serbuk . Penyimpanan yang sempurna membolehkan bawang putih tahan lama sehinga beberapa bulan. Di Malaysia semua bangsa menggunakan bawang putih dalam masakan harian terutamanya masyarakat Cina dan menjadi satu kemestian.

Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, membaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Ia telah digunakan semenjak 510 SM di China sebagai tumbuhan untuk kesihatan manusia. Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ kalori, karbohidrat (33 g), gula (1 g), serat (2.1 g), lemak (0.5 g), protein (6.39 g), beta karotin ( 5 microgram), thiamine (vitamin B1) (0.2 microgram), riboflavin (vitamin B2) (0.11 microgram), niacin (0.7 mucrogram), asid panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535 micragram), folate (3 microgram), vitamin C (31.2 mg), kalsium (181 mg), zat besi (1.7 mg), magnesium (25 mg), fosforus (153 mg), kalium (401 mg), natrium (17 mg) dan zink (1.16 mg). Kandungan zat lain ialah seperti mangan (1.672 mg) dan selenium (14 micrograms). Kandungan nutrien ini memberikan bawang putih sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia.[perlu rujukan]

Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih didapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengelakkan penyakit barah. Menjadi satu budaya di Korea dimana orang tua-tua memakan bawang putih mentah di kebun dan kuil. Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyumbatan kolesterol pada dinding salur darah dalam kardiovaskular manusia. Kajian lain menyatakan ianya dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan mengurangkan batuk.[perlu rujukan]

Bawang putih digunakan sebagai perencah yang digunakan hampir dalam setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum diguna sebagai ramuan, bawang putih dihancurkan dengan ditekan dengan sisi pisau (dikeprek) sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng. Bawang putih boleh juga ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain.

Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik semula jadi dalam tubuh manusia.

Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang barah kerana kandungan mineralnya menghalang pertumbuhan ketumbuhandalam badan.Selain itu, bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman yang menyebabkan jerawat tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih lalu menepeknya di bahagian yang berjerawat.