Bendera_Kristian
Bendera_Kristian

Bendera_Kristian

Bendera Kristian (Bahasa Inggeris: Christian Flag) ialah sebuah bendera yang direka khas pada abad ke-20 untuk mewakili semua mazhab-mazhab gereja Kristian seterusnya mewakili agama dan umat Kristian secara keseluruhannya.[1] Bendera ini mula diterimapakai oleh para anggota persatuan gereja Federal Council of Churches di Amerika Syarikat tahun 1942; ia digunakan banyak mazhab-mazhab gereja[2][1] termasuk Anglikanisme,[3] Gereja Baptis,[4] Mennonit,[5] Methodis,[2][6] Moravia,[7] Lutheran,[8] Presbyterian,[8] Quaker,[9] dan gereja Reformed.[10] Ia terutamanya dapat dilihat di benua Afrika dan dua-dua benua Amerika.[11]Bendera ini terdiri daripada sebidang warna putih melambangkan kesucian diri Yesus Kristus,[12] kanton berwarna biru melambangkan air penyucian diri dan keimanan Yesus[13] dan salib merah melambangkan darah ditumpah Yesus semasa beliau dihukum salib di Golgotha.[14]

Rujukan

WikiPedia: Bendera_Kristian http://www.newsmax.com/FastFeatures/christian-flag... http://www.bju.edu/library/collections/fund_file/c... http://missionsbox.org/essay/moravian-movement-2/#... https://www.cbc.ca/news/canada/newfoundland-labrad... https://books.google.com/books?id=DT2D9KcLq-kC&pg=... https://books.google.com/books?id=dwvrAAAAMAAJ https://books.google.com/books?id=l1nnAAAAMAAJ https://books.google.com/books?id=yJvmAAAAMAAJ&q=%... https://web.archive.org/web/20050905001840/http://...