Penggunaan Bertih_jagung

Bertih jagung selalu dimakan di dalam panggung wayang. Makanan ringan ini selalu disediakan samada secara masin atau manis. Di utara Amerika, cara traditional adalah dengan menyediakan bertih jagung yang masin , yang menggunakan mentega  , toffee ataupun herba. Walaubagaimanapun, versi manis ini seperti contonya bertih jagung  karamel  selalu juga dijumpai. Di United Kingdom, bertih jagung yang sudah siap dimasak selalu dijual dalam perisa manis atau masin.  Bertih jagung karamel juga mudah didapati tetapi amat mahal. Di Peru, bertih jagung dimaniskan dengan menggunakan susu pekat tetapi selalu juga dimakan dengan garam. Satu-satunya bertih jagung versi mentega ialah bertih jagung ketuhar.[5] Bertih jagung juga dijadikan bijirin sarapan oleh orang Amerika pada tahun 1800-an yang dimakan bersama susu dan pemanis.

Bertih jagung merupakan makan ringan yang amat tekenal di acara-acara sukan dan juga di panggung wayang yang dimana telah disediakan sejak 1930-an. Para pemilik teater asalnya tidak menggemari idea ini yang menganggap makanan tersebut mengganggu penonton filem. Namun, mereka kemudiannya berubah fikiran dan mula menerima kidea tersebut. Pada tahun 1938, panggung wayang Midwestern yang dimiliki oleh Glen W.Dickson telah memasang mesin bertih jagung di lobi panggung wayangnya. Pemasangan itu mengaut keuntungan yang banyak dan dijadikan ikutan oleh pemilik panggung wayang yang lain.[6]

Rantaian bertih jagung juga digunakan sebagai hiasan pokok Krismas di sebahagian kawasan Amerika Utara[7][8] serta di negara-negara Balkan Eropah.[9]

Risiko kesihatan

Bertih jagung merupakan antara makanan yang tersenarai di dalam Akedemi Pediatrik Amerika yang tidak disyorkan penghidangannya kepada kana-kanak dibawah umur 4 tahun atas risiko tercekik.

Bagi bertih jagung yang dimasukkan kedalam ketuhar adalah antara kes yang istimewa disebabkan ia direka untuk dimasak bersama pelbagai perasa. Di antara perasa mentega buatan ialah diasetil yang boleh menyebabkan masalah pernafasan kepada pekerja-pekerja di industri pembuatan bertih jagung ketuhar, penyakit ini juga dikenali sebagai “popcorn lung”. Hampir kesemua kilang di Amerika tidak lagi menggunakan bahan kimia ini.[10][11]

Rujukan

WikiPedia: Bertih_jagung http://www.factmonster.com/spot/popcorn1.html http://www.foodnavigator-usa.com/Suppliers2/Popcor... http://www.history.com/news/hungry-history/a-histo... http://www.kingofpop.com/Blog/post/where-does-popc... http://www.marthastewart.com/article/popcorn-chris... http://www.visionresearch.com/video/playvideo.cfm?... http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/artic... http://www.wikihow.com/String-Popcorn-on-a-Christm... http://www.wyandotpopcornmus.com/ http://learn.genetics.utah.edu/content/selection/c...