Sejarah Bertih_jagung

Jagung mula ditanam di sekitar Mexico sejak 9000 tahun yang lalu.[1] Kajian arkeologi yang dilakukan ada merumuskan bahawa manusia zaman dahulu telah mengetahui kaedah memasak bertih jagung sejak beribu tahun lagi, malah serpihan bertih jagung yang bertarikh sekitar 3600 SM telah dijumpai di kawasan tersebut.[2] Kebanyakan sejarawan percaya bahawa bertih jagung merupakan jagung yang pertama yang diketahui oleh manusia. Meletupkan isirong telah berjaya dilakukan secara manual pada abad ke-19, yang dijual di semenanjung timur Amerika Syarikat di bawah jenama seperti “Pearls” atau “Nonpareil”.

Kewujudan bertih jagung meningkat dengan mendadak pada tahun 1890-an dengan penggunaan pembuat bertih jagung yang direka oleh seorang pemilik kedai gula-gula bernama Charles Cretor. Charles mencipta beberapa mesin yang berkuasa wap untuk membakar kacang dan telah menggunakan teknologi tersebut untuk meletupkan isi jagung.

Ketika Zaman Meleset di Amerika Syarikat, bertih jagung dijual pada harga yang sangat murah iaitu antara 5 hinga 10 sen satu bag dan menjadi sangat terkenal ketika itu. Oleh itu, ketika semua perniagaan yang lain gagal, perniagaan bertih jagung berjaya menembusi pasaran dan menjadi sumber pendapatan untuk petani-petani yang susah. Kekangan bekalan gula yang berlaku sewaktu Perang Dunia Kedua mendorong orang Amerika memakan bertih jagung tiga kali ganda daripada jumlah yang selalu mereka makan.[3]

Pada tahun 1981, syarikat General Mills telah mempatenkan suatu rekaan beg memasak bertih jagung dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro yang kemudiannya melariskan penjualan bertih jagung mereka sebanyak 10000 paun beberapa tahun selepas itu.[4]

Rujukan

WikiPedia: Bertih_jagung http://www.factmonster.com/spot/popcorn1.html http://www.foodnavigator-usa.com/Suppliers2/Popcor... http://www.history.com/news/hungry-history/a-histo... http://www.kingofpop.com/Blog/post/where-does-popc... http://www.marthastewart.com/article/popcorn-chris... http://www.visionresearch.com/video/playvideo.cfm?... http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/artic... http://www.wikihow.com/String-Popcorn-on-a-Christm... http://www.wyandotpopcornmus.com/ http://learn.genetics.utah.edu/content/selection/c...