Bienda
Bienda

Bienda

Nor Razlinda binti Razli (lahir 22 November 1985) atau lebih dikenali sebagai Bienda ialah seorang penyanyi, pelakon, pengacara, penyampai radio dan duta yang terkenal di Malaysia. Beliau ialah anak kedua daripada tiga adik-beradik dan ibunya merupakan penyanyi dangdut yang terkenal pada era 1990-an, iaitu Sheeda, serta ayahnya pula merupakan salah seorang ahli Kumpulan Desire iaitu Razli Hussein. Tambahan pula, Bienda juga merupakan anak saudara kepada pelakon terkenal sekitar awal era millenium 2000-an iaitu Norseha Hameed. Di samping meniti arus populariti sebagai anak seni, artis versatil ini pernah diangkat sebagai ikon fesyen sehingga menjadi ikutan ramai gadis disebabkan imej hijab serta gaya penampilannya yang begitu gypsy.[1] Tidak kurang juga Bienda turut terkenal dengan gelaran Puteri Pop Etnik oleh kelab peminatnya, BiendaLovers, dek kerana mempunyai kelunakan vokal dan lenggok vokal yang tersendiri dalam menyanyikan lagu-lagu irama muzik etnik bernuansa Arab dan padang pasir.

Rujukan

WikiPedia: Bienda http://www.budiey.com/bienda-penyampai-radio-manis... http://www.astrogempak.com.my/artikel/5722/rabbani... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/bienda-belum... http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/biend... http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/biend... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt... http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/bienda-...