Biro_Pusat_Telegram_Astronomi

Biro Pusat Telegram Astronomi (Bahasa Inggeris: [Central Bureau for Astronomical Telegrams] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan); singkatan: CBAT) ialah gedung penjelasan antarabangsa rasmi untuk maklumat berkaitan dengan peristiwa falak fana.CBAT mengumpul dan mengedarkan maklumat mengenai komet, satelit semula jadi, nova, supernova dan peristiwa falak fana yang lain. Biro ini juga menetapkan keutamaan penemuan (siapakah yang akan mendapat kredit) serta memberikan designasi dan nama awal kepada objek baru.Bagi pihak Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU), CBAT mengedarkan Pekeliling IAU (IAUC). Dari 1920an hingga 1992, CBAT menghantar telegram untuk kes-kes kecemasan, walaupun kebanyakkan pekeliling dihantar melalui surat biasa; apabila telegram tidak diguna pakai lagi, nama "telegram" untuk sebab sejarah dan ia diteruskan sebagai Biro Pusat Telegram Elektronik.[1] Sejak pertengahan 1980an, pekeliling IAU dan pekeliling planet kecil yang berkaitan boleh didapati secara elektronik.