BoBoiBoy_Gempa

BoBoiBoy Gempa merupakan bentuk tahap kedua dari bentuk asalnya iaitu BoBoiBoy Tanah. BoBoiBoy Gempa mula menjelmakan diri pada episod akhir siri BoBoiBoy musim pertama setelah dirinya diserang oleh Adu Du menggunakan robot pemusnah Mukalakus. Disebabkan BoBoiBoy Tanah ingin menyelamatkan rakan-rakannya setelah dua bentuk tahap kedua BoBoiBoy iaitu BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan ditangkap oleh Adu Du dan cuba menghancurkan mereka. Pada saat itulah, satu sfera kuning telah mengelilingi BoBoiBoy Tanah beserta satu gegaran tercipta lalu mengubah BoBoiBoy Tanah dari serba merah menjadi serba kuning hitam. Iris mata BoBoiBoy Gempa berwarna kuning dan tangannya berubah menjadi besar dengan ketulan hitam yang mengelilingi tangannya. BoBoiBoy Gempa merupakan satu-satunya pecahan BoBoiBoy tahap kedua yang sangat kuat dan tidak mengalami pergaduhan dengan pecahan BoBoiBoy yang lain. Kuasa terhebatnya ialah Golem Tanah dan Tanah Cerakah (sama seperti kuasa yang ada pada bentuk asalnya iaitu BoBoiBoy Tanah). BoBoiBoy Gempa merupakan pecahan BoBoiBoy yang tenang dalam membuat keputusan dan tidak terburu-buru seperti BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan.