Sejarah Boeing_747

Boeing 747 lahir disaat industri udara era 60-an sedang pesat membangun. Era pesawat komersil pada waktu itu, dijuarai oleh Boeing 707, telah membuat satu revolusi di dalam perjalanan udara jarak jauh dan merealisasikan konsep "Kampung Global". Pada waktu itu, Boeing sudah pun mengkaji pesawat yang besar untuk memenangi kontrak dari Tentera Amerika Syarikat tetapi kalah kepada Lokheed C-5 Galaxy. Pan Am, klien setia Boeing pada waktu itu, meminta Boeing membangunkan sebuah pesawat penumpang yang besar, sebesar 2 kali saiz Boeing 707. Maka, pada tahun 1966 Boeing mengeluarkan satu garis panduan mengenai konfigurasi pesawat penumpang yang akan dinamakan Boeing 747. Pan Am menempah 25 siri 747-100. Pada mulanya, rekaan pesawat ini adalah pesawat dua tingkat penuh atau 'double decker' tetapi disebabkan masalah pengosongan pesawat ketika kecemasan, idea ini di tukar untuk menjadi sebuah pesawat berbadan lebar.

Ketika itu, Boeing 747 dijangka akan digantikan dengan pesawat supersonik. Maka Boeing mereka semula Boeing 747 supaya ia boleh ditukar menjadi pesawat kargo, dengan menjangkakan permintaan bagi versi penumpang akan menurun suatu hari nanti dan hanya versi kargo yang mampu bertahan. Maka kokpit pesawat itu di bawa ke dek atas supaya muncung pesawat boleh direka untuk dibuka menjadi satu pintu kargo. Pada mulanya dek atas digunakan untuk kelas pertama dan lobi/bar tetapi hari ini,ia banyak digunakan sebagai tempat duduk ekstra. Dengan jangkaan hanya 400 jualan, 747 mampu bertahan dari kritik-kritik dan pada tahun 1993 sebanyak 1000 pesawat berjaya dibangunkan.

Pembangunan 747 adalah satu tugas yang cukup besar. Ini kerana Boeing tidak ada bangsal pesawat yang besar untuk memuatkan pesawat-pesawat yang besar. Maka, syarikat ini terpaksa membina satu kilang di Everett, Washington, dimana ia menjadi kilang terbesar pernah dibina. Pratt and Whitney pula pada waktu itu membangunkan satu enjin turbofan yang cukup besar, JT9D, untuk Boeing 747. Maka, untuk keselamatan dan keupayaan terbang, Boeing 747 direka dengan 4 sistem hidraulik yang akan digunakan ketika kecemasan, kawalan pergerakkan pesawat pula dibahagikan kepada dua, stuktur ketika kecemasan dipelbagaikan dan kepak yang kompleks yang membolehkan 747 digunakan pada landasan biasa.

Pada mulanya, banyak maskapai penerbangan merasa ragu-ragu terhadap Boeing 747. Manakala, pesaing Boeing, McDonnell Douglas dan Lokheed, sedang membangunkan pesawat berbadan lebar dengan tiga enjin, digelar 'trijet', dimana, secara perbandingan lebih kecil dari 747. Malahan kebanyakkan syarikat penerbangan merasakan kapasiti 747 terlalu besar untuk penerbangan jarak jauh dan dengan itu mereka melabur di dalam projek 'trijet'. Terdapat juga kebimbangan sama ada 747 mampu beroperasi dengan struktur lapangan terbang ketika itu.

Satu lagi isu yang dibawa ialah pembakaran minyak. Ini kerana pembakaran pesawat 'trijet' lebih rendah dari pesawat empat jet dan syarikat penerbangan cuba mengurangkan kos minyak. Isu ini telah menghantui Boeing semenjak 1970.

Bagaimanapun, Boeing telah pun berjanji kepada Pan Am untuk membina 747, bermaksud dalam masa kurang empat tahun, Boeing perlu mereka, membina dan menguji pesawat itu. Dalam tempoh yang singkat ini, proses pembangunan membuatkan mereka yang terlibat dalam projek ini berkerja dalam keadaan yang cukup pantas dan mereka ini digelar The Incredibles. Kos yang tinggi untuk pembangunan pesawat ini dan pembinaan infrastuktur di Everett merupakan satu pertaruhan bagi Boeing dan kejayaan syarikat ini bergantung kepada kejayaan 747. Malahan, Boeing hampir gulung tikar pada tahun 1970. Walau bagaimanapun, Boeing memenangi pertaruhan ini dan Boeing memonopoli pengangkutan berbadan lebar selama 35 tahun. Kedatangan Airbus A380 memecah rekod Boeing.

Rujukan

WikiPedia: Boeing_747 http://www.boeing.com/commercial/747family/ http://www.boeing.com/commercial/747family/pf/pf_4... http://www.boeing.com/commercial/prices/ http://www.boeing.com/news/releases/2003/q4/nr_031... http://www.boeing.com/news/releases/2005/q1/nr_050... http://www.gocalipso.com/aircraft/boeing747/boeing... http://www.newairplane.com/747e-brochure/ http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,9... http://www.centennialofflight.gov/essay/Aerospace/... http://www.aircraft-info.net/aircraft/jet_aircraft...