Variasi Boeing_747

Garis masa penghantaran Boeing 747

747-100

Model pertama 747 ialah 747 siri 100 (747-100), dirasmikan di Everett pada 2 September 1968. 747-100 memasuki perkhidmatan pada 1 Januari 1970 dengan klien pertama Pan Am. 747-100B kemudiannya menggantikan 747-100, dengan fiuslaj yang lebih kukuh dan kerangka sokongan tayar yang kebih kuat. Terdapat juga siri 747-100SR yang mampu menampung seramai 550 penumpang dan digunakan untuk penerbangan domestik di Jepun. Siri 100 mampu terbang sejauh 4,500 batu atau 7,200 km dengan muatan yang penuh.

Dek atas 747-100 ,kebiasaanya mempunyai 3 tingkap, membezakan pesawat ini dengan pesawat-pesawat yang lain. Walau bagaimanapun, modifikasi siri ini dengan menambah keluasan dek atas menyebabkan ia sukar dibezakan dengan siri 300.

747-200

747-200 diperkenalkan pada tahun 1971 dan mempunyai daya tujahan yang lebih tinggi serta mampu terbang dengan muatan yang lebih banyak jika dibandingkan dengan siri 100, dan ia bisa terbang lebih jauh. Ia dibezakan dengan siri 100 dengan bilangan tingkap dek atas iaitu sebanyak 8 tingkap tetapi modifikasi siri ini menyebabkan ia sukar dibezakan dengan siri lain. Pesawat model ini , dibina pada akhir 1980, mampu terbang sejauh 6,700 batu atau 10,800 km dengan muatan yang penuh.

Siri 747-200C dan 200F direka untuk pesawat kargo. 747-200F adalah pesawat kargo sepenuhnya, manakala 747-200C adalah siri yang boleh ditukar mejadi sama ada pesawat kargo ataupun pesawat penumpang. Manakala siri gabungan pesawat penumpang dan pesawat kargo digelar pesawat combi. Tidak seperti siri 100, kebanyakkan 200 dijadikan pesawat kargo.

747SP

747Sp atau Special Performance, diperkenalkan pada tahun 1976. Siri ini dikeluarkan untuk bersaing dengan DC-10 dan Lockheed L-1011 TriStar kerana Boeing tidak ada pesawat berbadan lebar saiz sederhana untuk bersaing dengan Tristar. Kos pembinaan 747 dan 737 yang tinggi pada akhir 1960 menyebabkan Boeing tidak mampu untuk mereka pesawat baru dan dengan itu model 747 dipendekkan dan direka semula supaya kelajuan dan jarak maksimum adalah seiring dengan kapasitinya. Siri SP , dengan konfogurasi 3-kelas, mampu membawa 220 penumpang dan terbang sejauh 6,500 batu atau 10,500 km dengan kelajuan 610 mph atau 980 km/h.

747SP adalah satu-satunya pesawat yang mampu terbang dengan jarak terjauh, sehinggalah kemunculan Airbus A340. Antara penerbangan yang menggunakan model ini ialah American Airlines, Pan Am, dan Qantas, kerana kemampuan siri ini yang bisa terbang melintasi Lautan Pasifik memenuhi keperluan penerbangan-penerbangan ini untuk terbang ke Tokyo. South African Airways juga menggunakan 747SP didalam perkhidmatan mereka untuk terbang dari Johannesburg ke London, ketika dasar apartheid berleluasa, penerbangan ini tidak dibenarkan untuk terbang melintasi negara-negara Afrika dan menyebabkan South African Airways terpaksa membuat pusingan yang besar, dan SP adalah penyelesaian mereka.

Disebalik kemampuannya yang istimewa, penjualan SP tidak seperti yang diharapkan, dimana hanya 45 model dibina dan kebanyakkan model ini berkhidmat untuk pernerbangan di Timur Tengah dan Afrika.

Pengamatan astronomi SOFIA dalah modifikasi 747SP yang membawa teleskop infrared yang berdiameter 2.5 meter. Pada mulanya, ia berkhidmat untuk Pan Am dan dinamakan "Clipper Lindbergh".

747-300

Pada mulanya, model 747-300 direka untuk menjadi pesawat 'trijet' versi 747SP. Tetapi disebabkan permintaan yang tidak menggalakkan, idea ini dilupakan saja.

747-300 menjadi satu model baru bagi Boeing yang diperkenalkan pada tahun 1980. Ia adalah model pertama 747 dengan dek atas dibesarkan untuk menambah kapasiti.

747-400

Japan Airlines 747-400 di Lapangan Terbang London

747-400 adalah model 747 terbaru Boeing, dan satu-satunya siri dibina sehingga hari ini. Antara perubahan yang nyata ialah pemanjangan sayap sebanyak 2m dan penambahan sayap lawi di hujung sayap sepanjang 2m. Ia memasuki pasaran pada tahun 1989 dengan klien pertamanya iaitu Northwest Airlines.

Siri 400 dibina dalam bentuk penumpang sepenuhnya, combi (747-400M) dan kargo (747-400F). Siri domestik untuk pasaran Jepun iaitu 747-400D, adalah pesawat penumpang dengan kapasiti tertinggi di dunia, sehinggalah kemunculan A380, dan ia boleh ditukar menjadi pesawat jarak jauh bila diperlukan.

747-400ER ialah siri 400 yang mampu terbang dengan jarak yang terjauh didalam model 747. Ia juga datang dalam bentuk kargo sepenuhnya iaitu 747-400ERF. Satu pelan kini sedang dibangunkan untuk model terbaru iaitu 747-400XQLR, kini ditukar menjadi 747 Advanced, yang mampu terbang dengan jarak yang lebih jauh.

Pesawat kargo 747

Boeing mengumumkan pada Oktober 2003 bahawa komponen-komponen untuk 7E7/787 , yang dibina diseluruh dunia, akan diterbangkan ke Everett, Washington untuk dicantumkan. Oleh itu, Boeing membuat modifikasi terhadap 747-400 menjadi pesawat kargo.

Tempoh penghantaran dapat dipendekkan menjadi 30 hari dengan menggunakan satu 747. Ini cukup penting kerana sayap 787 direka di Jepun.

747X

747X adalah satu cadangan untuk mereka siri 747 dengan keluasan dek atas ditambah, sama seperti 757-500. Tetapi cadangan ini ditolak setelah pembangunan 747Adv di dalam proses.

747 Advanced

Boeing sekarang ini membuat satu usaha sama dengan syarikat pernerbangan untuk mereka siri terbaru 747, Boeing 747 Advanced yang akan menggunakan kokpit dan enjin yang sama dengan 7E7/787. Boeing 747 Advanced direka untuk terbang dengan lebih senyap, lebih ekonomik dan baik untuk alam semulajadi. Ia berkapasiti seramai 500 penumpang dengan konfigurasi 3-kelas dan mampu terbang sejauh 8000 batu nautika atau 18,816 km dengan kelajuan 0.86 Mach.

Rujukan

WikiPedia: Boeing_747 http://www.boeing.com/commercial/747family/ http://www.boeing.com/commercial/747family/pf/pf_4... http://www.boeing.com/commercial/prices/ http://www.boeing.com/news/releases/2003/q4/nr_031... http://www.boeing.com/news/releases/2005/q1/nr_050... http://www.gocalipso.com/aircraft/boeing747/boeing... http://www.newairplane.com/747e-brochure/ http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,9... http://www.centennialofflight.gov/essay/Aerospace/... http://www.aircraft-info.net/aircraft/jet_aircraft...