Sejarah Boeing_777

Pada tahun 1970, Boeing memperkenalkan model-model baru untuk menggantikan model yang sedia ada dan bersaing dengan model-model lain. 757 menggantikan 727, 767 untuk menyaingi Airbus A300 dan 777 juga untuk menyaingi DC-10 dan Lockheed TriStar.

Rekaan awalnya ialah sebuah pesawat trijet yang berdasarkan 767 dengan dua variasi iaitu sebuah pesawat merentasi benua membawa 175 penumpang untuk perjalanan sejauh 5,000 km (2,700 batu nautika) dan sebuah pesawat merentasi benua dan mampu terbang sejauh 8,000 km (4,320 batu nautika) dengan jumlah penumpang yang sama.

Program kemudiannya dibatalkan disebabkan beberapa faktor iaitu pembinaan pesawat trijet cukup merumitkan, ketiadaan enjin yang mempunyai tujahan 178 kN (40,000 lb) dan kejayaan famili 767.

Dengan itu Boeing tidak mempunyai pesawat bersaiz 767-300ER dan berjulat 747-400. Pada waktu yang sama Airbus sedang membangunkan A330 dan A340 untuk memenuhi permintaan pasaran ini.

Menyedari potensi pasaran ini, Boeing mengeusulkan sebuah projek untuk membesarkan 767, melahirkan 767-X. Ia sama dengan 767 tetapi mempunyai fuislaj yang lebih panjang dan sayap lebih besar dan memuatkan 340 penumpang dan berjulat 13,500 km (7,300 batu nautika).

Akan tetapi, syarikat-syarikat penerbangan tidak berpuas hati dengan usul 767-X. Mereka mahukan sebuah pesawat yang berjulat pendek dan berjulat jauh, keratan rentas kabin yang sama dengan 747, kabin yang boleh diubah konfigurasinya dan kos operasinya lebih rendah dari 767. Maka, lahirlah pesawat berenjin kembar 777.

Fasa rekaan 777 berbeza dengan model-model Boeing sebelumnya. Buat pertama kali, permintaan syarikat penerbangan dan penumpang diambil kira dalam pengeluaran pesawat ini selaras dengan falsafah "Bekerjasama" yang diwarwarkan oleh Boeing.

777 juga merupakan pesawat pertama yang direka sepenuhnya menggunakan komputer. Perisian yang digunakan ialah sebuah perisian reka bentuk terbantu komputer (CAD) dinamakan CATIA. Ini memudahkan jurutera-jurutera membuat ujian-ujian dengan hanya menggunakan 777 maya yang dibuat melalui perisian itu sebelum prototaip dibina.

Sehingga ke hari ini, sebanyak 671 777 sudah ditempah daripada 38 pelanggan.

Kuwait Airways Boeing 777