Variasi Boeing_777

Fail:777-Range.pngJulat untuk Boeing 777

Dalam pembinaan 777, Boeing menumpukan perhatian kepada dua faktor utama iaitu:

  • Saiz kerangka pesawat yang memberi kesan kepada bilangan penumpang dan kargo. 77-200 adalah asas kepada 777 manakala 777-300 adalah siri yang dipanjangkan.
  • Julat pesawat yang dibahagikan kepada 3 segmen:
    • Pasaran A - 7,200 hingga 9,700 km (3,900 ke 5,200 batu nautika)
    • Pasaran B - 10,800 to 14,250 km (5,800 to 7,700 batu nautika)
    • Pasaran C - 14,800 km (8,000 batu nautika) atau lebih

777-100

777-100 (771B) adalah pesawat berkapasiti rendah untuk pasaran B. Disebabkan ia berat dan kos operasinya tinggi, maka variasi ini ditolak oleh syarikat-syarikat penerbangan.

777-200

777-200 (772A) adalah model permulaan untuk pasaran B. Pelanggan pertamanya ialah United Airlines. Berat terbang naik pesawat ini ialah 229 ke 247 ton dan jarak maksimumnya antara 7000 hingga 9500 km (3780 hingga 5150 batu nautika.)

777-200 ini dijana oleh 2 enjin turbofan sama ada Pratt & Whitney PW4074 , General Electric GE90-75Bs (kedua-duanya bertujahan 329 kN (75,000 lbf)) atau Rolls Royce Trent 875s bertujahan 334 kN (75,000 lbf).

Model setara adalah A330-300.

777-200ER

Pada mulanya dikenali sebagai 777-200IGW (pertambahan berat kasar - increased gross weight), 777-200ER dengan julat yang lebih jauh untuk pasaran B. Kapasiti bahan apinya dinaikkan seiriang dengan kenaikan berat terbang naik maksimum iaitu dari 263 hingga 286 ton. Julatnya adalah diantara 11,000 hingga 14,300 km (6000 hingga 7700 batu nautika.) Pesawat 777-200ER pertama dihantar kepada British Airways pada Februari 1997.

Penjana kuasa 777-200ER ialah enjin turbofan dari jenis: PW4084 atau Trent 884 dengan tujahan 374 kN (84,000 lbf), GE90-85B dengan tujahan 378 kN (85,000 lbf), PW4090, GE90-90B1, atau Trent 890 dengan tujahan 400 kN (90,000 lbf) dan GE90-92B dengan tujahan 409 kN (92,000 lbf)

Pada 2 April 1997, sebuah pesawat Boeing 777-200ER berdaftar 9M-MRA oleh Sistem Penerbangan Malaysia memecah rekod Pusingan Besar Tanpa Mendarat untuk pesawat penumpang dengan terbang ke timur dari Boeing Field, Seattle ke Kuala Lumpur, Malaysia, meliputi jarak 20,044 km dalam masa 21 jam 23 minit.

777-200LR Worldliner

Mengikut Boeing, 777-200LR yang digunakan untuk pasaran C adalah pesawat komersial berjulat paling jauh di dunia dengan kemampuan terbang sejauh 17,446 km (9420 batu nautika) dalam masa 18 jam. Ia dijana oleh sepasang enjin turbofan GE90-110B1L dengan tujahan 489 kN (110,000 lbf).Pesawat yang setara dengan siri ini ialah A340-300.

777-200LR WorldLiner

Ciri-ciri baru ialah pertambahan berat untuk terbang naik, tangki bantuan bahan api yang terletak di ruangan kargo belakang, hujung sayap yang keruk dan gear pendaratan utama baru. Ia pertama kalinya dipertayangkan pada 15 Februari 2005 dan penerbangan perdananya ialah pada 8 Mac 2005.

Pesawat didalam kumpulan yang sama ialah A340-500.

Penghantaran pertama 777-200LR kepada Pakistan International Airlines (PIA) pada Januari 2006.

777-300

777-300 ialah untuk pasaran A dan akan menggantikan 77-100 dan -200. Barbanding dengan 747 yang lama, siri ini mampu membawa kapasiti penumpang dan julat yang sama tetapi menggunakan bahan api kurang satu pertiga dan memerlukan kos penyelenggaraan kurang 40%.

Fuselajnya dipanjangkan 10.1 meter (33 kaki 3 inci) dari 77-200, memuatkan 550 penumpang bagi konfigurasi penuh satu kelas dan 13 ton lenih berat. 777-300 mempunyai linciran ekor dan kamera pemerhatian daratan yang terletak ekor horizontalnya dan di bawah fuselaj untuk membantu kawalan pesawat.

Ia dianugerahkan serentak dari FAA oleh Amerika Syarikat dan JAA oleh Eropah dan mmemperoleh kelulusan ETOPS 180 pada 14 Mei 1998. Pesawt ini memasuki perkhidmatan pada bulan seterusnya dengan Cathay Pacific

Julat umumnya dengan 386 penumpang berkonfigurasi tiga kelas ialah 10,600 km (5720 batu nautika.) Penjana kuasanya ialah 2 enjin daripada jenis-jenis enjin turbofan tersebut: PW4090 tujahan 400 kN (90,000 lbf), Trent 892 atau General Electric GE90-92Bs tujahan 409 kN (92,000 lbf) atau PW-4098s tujahan 436 kN (98,000 lbf).

Pesawt setara ialah A340-600.

777-300ER

777-300ER adalah untuk pasaran B dan merupakan pesawat berjulat jauh. Ia direka untuk menggantikan 747-400 seiring dengan sasaran Boeing bagi menjadikan siri 747 sebagai pesawat kargo.

777-300ER mengalami banyak modifikasi termasuklah enjinnya iaitu GE90-115B yang merupakan enjin terkuat di dunia dengan tujahan 513 kN (115,300 lbf). Ciri-ciri lain ialah hujung sayap yang keruk, gear pendaratan baru, tangki bahan api ekstra, fuselaj, sayap, gear hadapan, topang enjin dan nasel yang dipanjangkan. Pada mualnya julatnya ialah 13,400 km (7,250 batu nautika) dengan 365 penumpang bagi konfigurasi 3 kelas teapi pada Julai 2004, jaraknya menjadi 13,400 km (7,880 batu nutika). Program -300ER dilancarkan oleh Air France tetapi disebabkan faktor politik, Japan Airlines menjadi pelanggan ketika pelancaran. Penerbangan pertama adalah pada 24 Februari, 2003

Pesawat setara ialah A340-600.

777 Freighter

777 Freighter

777 Freighter (777F0 adalah sebuah variasi kargo penuh. Boeing memerlukan sebuah model yang besar untuk mengantikan pesawat kargo 747F dan MD-11F. Kemampuan beban bayar 777-200LR membolehkan ia ditukar menjadi siri kargo . Model ini diumumkan pada 15 November 2004.

777F menjanjikan operasi yang cemerlang dan lebih ekonomik berbanding dengan pesawat kargo sedia ada. Pesawat mempunyai ruangan yang lebih besar dan nisbah tujahan beratyang tinggi. 777F mampu menampung beban bayar sebanyak 101 ton manakala bagi 747F, beban bayarnya ialah 724 ton.

777F tidak akan terbang sejauh variasi penumpangnya kerana bahagian badan pesawat yang memuatkan bahan api akan ditukar menjadi ruangan kargo. Walaubagaimanapun, ia akan menjadi pesawat kargo berjulat paling jauh di dunia iaitu 8,400 km (5,200 batu nautika).

777F akan dilengkapi dengan enjin turbofan GE90-110B bertujahan 489 kN (110,000 lbf).

Pelanggan yang berpotensi ialah Lufthansa Cargo, Federal Express, United Parcel Service, Emirates, dan EVA Cargo. Air France KLM merupakan pelanggan ketika pelancaran dengan tempahan sebnyak 7 pesawat bernilai 1.5 billion Dollar Amerika Syarikat. Penhantaran pertama pada 2008.