Brigadeführer
Brigadeführer

Brigadeführer

SS-Brigadeführer ialah sejenis pangkat SS yang telah digunakan dalam Jerman Nazi antara tahun 1932 dan 1945.[1] Brigadeführer juga adalah sejenis pangkat SA[2] selepas secara singkat dikenali sebagai Untergruppenführer pada hujung tahun 1929 dan 1930.Pangkat tersebut mula-mula diwujudkan selepas pembesaran SS dan ditugaskan kepada pegawai yang memerintah SS-Brigaden. Pada tahun 1933, SS-Brigaden telah ditukar nama kepada SS-Abschnitte; namun, pangkat Brigadeführer kekal sama.Pada asalnya, Brigadeführer telah dianggap pangkat kedua pegawai jeneral SS dan berkedudukan antara Oberführer dan Gruppenführer.[3] Perubahan ini seiring dengan kebangkitan Waffen-SS dan Ordnungspolizei. Di kedua-dua organisasi itu, Brigadeführer adalah setaraf dengan Generalmajor dan berada diatas Oberst dalam Wehrmacht atau polis Jerman. Pangkat Generalmajor ialah setaraf dengan Brigedier Jeneral, jeneral satu bintang dalam Tentera Darat AS.[4]Insignia bagi Brigadeführer pada mulanya ialah dua daun oak dan satu paku perak, namun berubah pada April 1942 kepada rekaan tiga daun oak selepas pengzahiran pangkat SS-Oberst-Gruppenführer.[4]Brigadeführer dalam Waffen-SS atau polis juga memakai insignia bahu Generalmajor dan telah dirujuk dengan gelaran itu selepas pangkat SS mereka (contoh SS-Brigadeführer und Generalmajor der Waffen-SS und Polizei).[5]