Briged_Infantri_India_Ke-37


Briged Infantri India Ke-37 ialah sebuah infantri bawah Tentera India British ketika Perang Dunia Kedua. Briged ini ditubuhkan pada 1941 di Quetta, India dan diletakkan di bawah Divisyen Infantri India Ke-14. Briged ini kemudian diletakkan di bawah pengurusan Divisyen Infantri India Ke-23 pada Jun 1942, dan kekal bersama divisyen itu kecuali tempoh sementera pada Mac dan April 1944, ketika briged diuruskan oleh divisyen ke-16.[1] Selepas perang, briged ini juga terlibat dalam operasi kolonial British ketika Revolusi Nasional Indonesia.[2]