Kempen Burma dalam
Kancah Asia Tenggara Perang Dunia Kedua diperjuangkan utamanya oleh tentera
Komanwel British termasuk tentera
Kanada,
[1] China dan unit-unit tentera
Amerika Syarikat menentang angkatan bersenjata
Empayar Jepun, Siam dan
Tentera Nasional India. Tentera darat Komanwel British datang dari
India British dan juga terdiri daripada lebih kurang 100,000 orang tentera kolonial Afrika.
[2] Tentera Kemerdekaan Burma dilatih Jepun dan mengepalai serangan awal terhadap angkatan British.Kempen
Burma memiliki beberapa ciri istimewa. Ciri geografi wilayah ini menyebabkan faktor-faktor seperti cuaca, penyakit dan rupa bumi mendatangkan kesan terhadap operasi. Ketiadaan infrastruktur pengangkutan menyebabkan penekanan terpaksa diberi kepada terhadap kejuruteraan ketenteraan dan pengangkutan udara untuk pergerakan anggota dan bekalan mereka, dan untuk mengeluarkan para anggota yang tercedera. Kempen ini juga kompleks dari segi politik, dengan pihak British bersama-sama AS dan China masing-masing mempunyai keutamaan strategi yang berlainan.Kempen ini juga merupakan satu-satunya kempen darat yang berlanjutan tanpa putus yang dikendalikan pihak
Bersekutu dari mula perang sehinggalah ke akhirnya. Hakikat ini disebabkan lokasinya. Oleh sebab kancah ini menyambungkan
Asia Tenggara dengan
India, wilayahnya merangkumi sebahagian wilayah yang jatuh dari tangan British pada titik permulaan perang, tetapi juga merangkumi wilayah-wilayah di India di mana kemaraan Jepun akhirnya dapat dikekang.Cuaca wilayah terbabit dikuasai hujan
tengkujuh bermusim, yang mengakibatkan pembatasan kempen pada tempoh sedikit daripada setengah setiap tahun. Faktor ini, bersama-sama faktor-faktor lain seperti kebuluruan dan keadaan kelam-kabut di India British dan keutamaan yang diberikan kepada usaha untuk mengalahkan
Jerman Nazi, mengakibatkan kempen ini berpanjangan dan membahagikannya kepada empat fasa: serangan Jepun yang membawa kepada penyingkiran angkatan British, India dan China dalam tahun 1942; percubaan pihak Bersekutu untuk melancarkan serangan ke dalam Burma pada lewat tahun 1942 hingga ke awal tahun 1944; serang Jepun terhadap India dalam tahun 1944 yang berakhiran dengan kekalahan Jepun berikutan pertempuran=pertempuran di Imphal dan Kohima; dan, akhir sekali, serangan Bersekutu yang berjaya menakluki semula Burma yang dilaksanakan dari lewat tahun 1944 sehingga pertengahan tahun 1945.