Britney Jean Spears

Britney Jean Spears (lahir 2 Disember 1981) atau dikenali sebagai Britney Spears ialah seorang penyanyi muzik pop, penggubah lagu, penari, pelakon dan pengarang berbangsa Amerika Syarikat. Lahir di McComb, Mississippi dan dibesarkan di Kentwood, Louisiana, Spears tampil dalam produksi pentas dan siri televisyen, sebelum menandatangani dengan Jive Records pada 1997. Album pertama dan kedua Spears, ...Baby One More Time (1999) dan Oops!... I Did It Again (2000) menemui kejayaan antarabangsa lantas membuat Spears untuk menjadi artis remaja terbaik sepanjang zaman. Dirujuk sebagai "Puteri Pop", beliau digelar sebagai seorang ikon pop dan diberi penghargaan atas menghidupkan semula pop remaja pada lewat tahun 1999 dan awal dekad 2000.[1]Spears mengambil tema yang lebih matang dan provokatif untuk album ketiga dan keempatnya, Britney (2001) dan In the Zone (2003), serta membuat debut dalam lakonan sulungnya untuk filem Crossroads (2002). Diikuti dengan siri masalah peribadi dan tingkah laku yang tidak menentu yang mendapat perhatian tinggi media global, kerjaya Spears telah terganggu, sebelum mengeluarkan album kelimanya Blackout (2007) yang sering digelar sebagai album terbaik beliau.[2] Tingkah laku yang tidak menentu serta kemasukannya ke hospital telah menyebabkan beliau diletakkan di bawah konservatorship yang masih kekal hingga kini. Beliau kemudian kembali ke puncak carta dengan album keenam dan ketujuhnya, Circus (2008) dan Femme Fatale (2011). Pada tahun 2012, Forbes melaporkan bahawa Spears merupakan artis wanita dengan berpendapatan paling tinggi, dengan pendapatan sebanyak US$58 juta. Semasa mempromosikan album kelapan dan kesembilannya, Britney Jean (2013) dan Glory (2016), Spears memulakan konsert residen selama empat tahun, Britney: Piece of Me di Planet Hollywood, Las Vegas, Nevada yang merupakan satu konsert residen dengan jumlah pendapatan paling tinggi sepanjang zaman. Pada 2019, Spears mengumumkan untuk menggantung kerjayanya dan mengaku telah diletakkan di pusat rehabilitasi kesihatan mental secara paksa oleh konservatornya, yang menyebabkan mahkamah untuk memutuskan untuk menjalankan siasatan lanjut.Spears telah mendapat enam nombor satu album di Billboard 200, menempatkannya sebagai artis wanita ketiga terbaik sepanjang zaman di carta tersebut.[3] Lima single beliau telah berjaya mencapai tempat petama di carta Billboard Hot 100: "...Baby One More Time", "Womanizer", "3", "Hold it Against Me" dan "S&M". Single lain, "Oops!... I Did it Again" dan "Toxic" telah mengungguli kebanyakan carta di peringkat antarabangsa. Dengan "3" dan "Hold it Against Me", Spears menjadi artis kedua selepas Mariah Carey di dalam sejarah carta Billboard Hot 100 untuk debut di tempart pertama dengan dua lagu. Spears juga telah mendapat beberapa pengiktirafan dan anugerah, antaranya termasuklah Michael Jackson Video Vanguard Award tujuh Billboard Music Awards termasuk Billboard Millenium Award; Anugerah Grammy; tujuh Rekod Dunia Guinness; enam MTV Video Music Awards, Anugerah Ikon di Anugerah Radio Disney serta bintang di Hollywood Walk of Fame.[4]Merupakan satu daripada pemuzik terlaris dunia, Spears telah menjual lebih 150 juta rakaman seluruh dunia.[5] Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA) meletakkan beliau sebagai artis wanita kelapan paling laris dalam sejarah muzik Amerika dengan menjual 33.6 juta album dan 36.9 juta single di A.S.[6]Kejayaan beliau sebagai penyanyi memasukkan beliau ke dalam beberapa urusan pengiklanan dan dukungan berprofil tinggi termasuk jenama wangian sendiri bersama dengan Elizabeth Arden dengan jualan yang telah melebihi US$1.5 billion pada tahun 2012.[7] Spears juga telah mendahului senarai selebriti paling dicari di internet selama 12 tahun, sebuah rekod sejak terciptanya internet.[8]

Britney Jean Spears

Pengkarya berkait Innosense
Website britneyspears.com
britney.com
Instrumen Vokal
Parent(s)
  • James Spears
  • Lynne Spears
Syarikat rakaman
  • Jive
  • RCA
Occupation
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • penari
  • pelakon
Awards Senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh Britney Spears
Home town Kentwood, Louisiana, U.S.
Years active 1992 (1992)–present
Born
Britney Jean Spears

(1981-12-02) 2 Disember 1981 (umur 38)
McComb, Mississippi, U.S.
Spouse(s)
  • Jason Allen Alexander (k. 2004; ann. 2004)
  • Kevin Federline (k. 2004; c. 2007)
Relatives
  • Bryan Spears (Abang)
  • Jamie Lynn Spears (Kakak)
Genre
  • Pop
  • Tarian Pop
Children 2