Pengaplikasian Bromin

Pelbagai sebatian organobromin digunakan dalam industri. Sesetengahnya dihasilkan daripada bromin dan sebahagian yang lain dihasilkan daripada hidrogen bromida, yang diperolehi melalui pembakaran hidrogen dalam bromin.Salah satu sebatian organobromin yang dihasilkan secara besar-besaran ialah 1,2-Dibromoetana:

C2H4 + Br2 → CH2BrCH2Br

Pemadam api

(sila sunting bahagian ini)

Tambahan dalam gasolin

Etilena bromida ialah dahulunya bahan tambahan dalam gasolin yang mengandungi agen plumbum anti-hentaman enjin. Ia membersihkan enjin dari plumbum dengan cara membentuk plumbum bromida yang mudah meruap,yang dibebaskan dari enjin. Pada tahun 1966, 77% bromin telah digunakan di Amerika Syarikat sebagai akibat pengaplikasian ini. Walau bagaimanapun, pengaplikasian ini telah menyusut sejak tahun 1970-an berikutan undang-undang pemeliharaan alam sekitar. Gas etilena bromida juga turut digunakan sebagai racun serangga, tetapi sekali lagi penggunaannya merosot berikutan daripada undang-undang tersebut.

Pestisid

Metil bromida pernah digunakan secara meluas sebagai pestisid atau racun serangga. Protokol Montreal terhadap Bahan-bahan yang Menghakis Ozon menetapkan jadual untuk penghentian secara beransur-ansur bagi bahan kimia yang menghakis lapisan ozon sehingga tahun 2005. Pada 1991, kira-kira 35,000 tan metrik bahan kimia tersebut telah digunakan untuk mengawal nematod, fungus, lalang dan makhluk perosak tanah.

Kegunaan lain

  • Bromida bagi kalsium, natrium dan zink merupakan antara jumlah terbesar dalam pasaran bromin. Garam-garam ini membentuk larutan tepu dalam air dan digunakan sebagai cecair penebukan(drilling fluids) atau kadang-kadang dipanggil ‘cecair pembersih air masin’.
  • Bromin juga digunakan dalam penghasilan minyak sayur berbromin, yang mana digunakan sebagai pengemulsi dalam bermacam-macam jenis minuman ringan berperisa buah sitrus (cth: Mountain Dew). Selepas pengenalannya pada tahun 1940-an, sebatian tersebut digunakan secara amat meluas sehinggakan UK dan AS telah mengehadkan penggunaannya pada pertengahan tahun 1970-an dan pengemulsi lain sebagai alternatif telah dibangunkan. Namun, sehingga 1997 di AS, minuman ringan yang mengandungi minyak sayur berbromin masih lagi wujud.
  • Sesetengah bahan pewarna, agrikimia, dan farmasi adalah sebatian bromin organik. 1-Bromo-3-kloropropana, 1-bromoetilbenzena, dan 1-bromoalkana dihasilkan melalui penambahan antimarkovnikov HBr kepada alkena. Etidium bromida, EtBr, digunapakai sebagai palit DNA(DNA stain) dalam gel elektroforesis.
  • Sebatian yang mempunyai indeks pantulan tinggi.
  • Sebatian penapisan air.
  • Kalium bromida digunakan dalam sesetengah pencuci gambar untuk menghalang pembentukan kabus(penurunan argentum yang tidak diingini).

Berkaitan