Takrifan Bulan_purnama_gedang

Istilah "bulan purnama gedang" (supermoon) dikaitkan dengan ahli astrologi Richard Nolle ketika membaca "Peranan Strategik Pasangsurut Perbani Perigi dalam Sejarah Nautika dan Banjir Pesisir" yang diterbitkan pada tahun 1976 oleh kajiairwan NOAA Fergus Wood.[7][8][9] Dalam nyatanya, tiada takrifan rasmi atau konsisten tentang berapa dekat perigi bulan purnama mesti berlaku untuk menerima label bulan purnama gedang, dan anak bulan jarang menerima label bulan purnama gedang.

Nolle

Nolle menerangkan konsepnya dalam Dell Horoscope suntingan 1979 termasuk kedua-dua bulan purnama dan anak bulan, tetapi tidak pernah menerangkan mengapa beliau memilih 90% dan tidak menyediakan formula muktamad untuk menentukan samada bulan purnama atau anak bulan bersifat "gedang". Takrifan asas 1979 dibacakan:[4]

... a new or full moon which occurs with the Moon at or near (within 90% of) its closest approach to Earth in a given orbit (perigee). In short, Earth, Moon and Sun are all in a line, with Moon in its nearest approach to Earth.

— Richard Nolle, Dell Horoscope Magazine, 1979[10]

Nolle meminda takrifannya pada tahun 2000 dengan menyatakan jarak bulan purnama atau anak bulan yang diberikan dinilai dengan 90% daripada jarak purata perigi. Nolle (dengan salah) merujuk:

A SuperMoon is a perigee-syzygy, a new or full moon (syzygy) which occurs when the Moon is at 90% or greater of its mean closest approach to Earth (perigee).

— Richard Nolle, 2000, Century 21 CE SuperMoon Table[11]
Imej NASA menunjukkan perbandingan bulan purnama gedang (kiri) dan bulan purnama ketek (kanan).

Pada tahun 2011, Nolle menambah apogi dalam pertimbangannya dan menjelaskan bahawa beliau mendasarkan pengiraannya pada 90% perbezaan dalam lampauan apsis cendera untuk tahun suria. EarthSky mencerakinkan jadual Nolle dan menerangkan takrifan yang dikemaskini bahawa bulan purnama atau anak bulan akan dianggap sebagai bulan purnama gedang jika l d s ≤ l d p + 0.1 ∗ ( l d a − l d p ) {\displaystyle ld_{s}\leq ld_{p}+0.1*(ld_{a}-ld_{p})} di mana l d s {\displaystyle ld_{s}} ialah jarak bulan pada sizigi, l d a {\displaystyle ld_{a}} ialah jarak bulan pada apogi, dan l d p {\displaystyle ld_{p}} ialah jarak bulan pada perigi. Nolle mendasarkan lampauan apsis min dengan merujuk (dengan salahnya) rencana Wikipedia mengenai perkara tersebut dan tiba di:[12][13]

 

any lunation closer than 368,630 km. = SuperMoon.

— Richard Nolle, 2011, Supermoon, What It Is, What It Means[13]

Nolle juga menambah konsep bulan purnama gedang lampau pada tahun 2000 yang menggambarkan konsep itu sebagai mana-mana anak bulan atau bulan purnama yang berada pada "100% atau lebih besar daripada purata perigi".

Espenak

Istilah sizigi-perigi atau perigi purnama/anak bulan dicenderung dalam komuniti saintifik.[14] Perigi ialah tahap di mana Bulan berada paling hampir dalam orbitnya dengan Bumi, dan sizigi ialah apabila Bumi, Bulan, dan Matahari sejajar, yang berlaku pada setiap bulan purnama atau anak bulan. Ahli astrofizik Fred Espenak menggunakan takrifan Nolle tetapi cenderung pada label bulan purnama pada perigi dalam bulan purnama yang berlaku "dalam 90% daripada pendekatan terdekatnya dengan Bumi dalam orbit tertentu" berbanding pengiraan Nolle berdasarkan semua orbit yang paling hampir semasa tahun suria.[15] Wood menggunakan takrifan bulan purnama atau anak bulan yang berlaku dalam masa 24 jam selepas perigi dan juga menggunakan label sizigi-perigi.[9]

Takrifan lain

Majalah Sky and Telescope memilih takrifan 223,000 batu (358,884 km).[16]

TimeandDate.com lebih cenderung takrifan 360,000 kilometer (223,694 bt).[17]

EarthSky menggunakan takrifan Nolle yang membandingkan penghitungan mereka dengan jadual yang diterbitkan oleh Nolle pada tahun 2000.[12]

Wood juga mencipta istilah proksigi yang kurang digunakan di mana perigi dan bulan purnama atau anak bulan dipisahkan selama 10 jam atau kurang.[9]

Rujukan

WikiPedia: Bulan_purnama_gedang http://www.accuweather.com/blogs/astronomy/story/4... http://astropixels.com/ephemeris/moon/fullperigee2... http://astropixels.com/ephemeris/moon/moonperap200... http://www.astropro.com/features/articles/supermoo... http://www.astropro.com/features/tables/cen21ce/su... http://www.badastronomy.com/bad/misc/tides.html http://www.check123.com/videos/13773-super-blue-bl... http://blogs.discovermagazine.com/badastronomy/201... http://blogs.discovermagazine.com/badastronomy/201... http://news.discovery.com/earth/super-moon-earthqu...