Sejarah Buloh_Kasap

Nama Bandar Buloh Kasap diambil sempena sejenis buluh yang banyak terdapat di sini sewaktu mula-mula dibuka. Dikatakan rumpun buluh tersebut banyak didapati dikawasan pangkalan lama dan kawasan jambatan lama dan pasar lama Buluh Kasap. Buluh kasap diambil daripada perkataan Melayu yang bermaksud 'Buluh yang mempunyai ruas yang kasar'.

Jambatan Bersejarah Bandar Buloh Kasap

Jambatan Buloh Kasap telah dibina oleh kerajaan British semasa pembinaan Jalan Persekutuan No. 1 dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam. Walau bagaimanapun, Tentera British pada ketika itu terpaksa meletupkan sebahagian jambatan semasa Perang Dunia II bagi menyekat dan melambatkan kemaraan tentera Jepun ke Singapura. Selepas Perang tamat, jambatan itu dibaikpulih dan digunakan semula. Jambatan baru yang telah dibina bersebelahan jambatan bersejarah ini pada tahun 60an. Jambatan lama Buloh Kasap masih ada sehingga kini dan dikenali sebagai 'Jambatan Putus'.