China Ocean Shipping (
Group)
Company, atau singkatannya
COSCO atau
COSCO Group, ialah sebuah konglomerat perkapalan yang dimiliki kerajaan
Republik Rakyat China. Kumpulan ini mempunyai lebih dari 130
kapal kontena (dengan kapasiti keseluruhan 320,000 TEU) dan beroperasi di lebih 100
pelabuhan seluruh dunia.
[1]COSCO ialah syarikat perkapalan
kontena keenam terbesar di dunia berdasarkan jumlah
kapal kontena, dan kesembilan terbesar di dunia berdasarkan jumlah keseluruhan kontena dikendalikan.
[2]. Ia juga merupakan antara pengendali perkapalan
kargo pukal kering yang terbesar di dunia.Kumpulan ini terdiri daripada 6 syarikat tersenarai dan lebih dari 300 subsidiari tempatan dan antarabangsa, yang menyediakan perkhidmatan penghantaran barang, pembinaan kapal, pembaikan kapal, operasi
terminal, pengeluaran
kontena, perdagangan, kewangan, hartanah dan teknologi maklumat.Ia mengoperasikan pelbagai jenis kapal dagang seperti
kapal tangki,
kapal kargo pukal dan
kapal kontena, yang jumlah keseluruhannya melebihi 600 buah dengan kapasiti muatan keseluruhan sehingga
berat mati 35 juta metrik tan.