Kapal_kargo_pukal
Kapal_kargo_pukal

Kapal_kargo_pukal

Kapal kargo pukal ialah sejenis kapal dagang yang direka bentuk khusus membawa kargo pukal seperti bijirin, arang batu, dan simen di dalam ruang palka kargonya yang besar. Semenjak kapal khusus membawa kargo pukal pertama dibina pada tahun 1852, permintaan terhadapnya terus meningkat dan kapal seperti ini dibina dengan saiz yang lebih besar dan lebih canggih. Kapal kargo pukal sekarang dibina khusus untuk memaksimumkan kapasiti, keselamatan, kecekapan, dan tahan lasak. Hari ini, 40% daripada kapal dagang di dunia ialah kapal kargo pukal, dari saiz sekecil kapal kargo pukal mini (mempunyai ruang palka tunggal) sehingga kapal kargo gergasi pembawa bijih yang memiliki berat mati sehingga 365,000 DWT. Terdapat beberapa reka bentuk khas yang wujud; ada yang boleh memunggah sendiri kargonya, ada yang bergantung kepada alatan di pelabuhan, ada yang boleh membungkus sendiri kargonya ketika memunggah. Lebih separuh daripada kapal kargo pukal di dunia dimiliki oleh pemilik dari Greece, Jepun dan Republik Rakyat China dan suku daripadanya didaftarkan di Panama. 82% daripada kapal kargo pukal dunia dibina di Asia dengan Jepun sebagai pengeluar utamanya.Bilangan anak kapal biasanya bermula dari 3 orang untuk kapal terkecil sehingga 30 orang untuk kapal terbesar. Anak kapal bertanggungjawab dalam pemunggahan dan pemuatan kargo, pengemudian kapal, dan penyelenggaraan semua mesin dan peralatannya. Pemuatan dan pemunggahan kargo pukal sangat sukar dilakukan, berbahaya, dan memakan masa yang lama sehingga 120 jam untuk kapal besar. Kargo boleh menjadi sangat padat, menghakis, melelas. Ini akan menyebabkan masalah keselamatan seperti; pergerakan kargo di dalam palka, pembakaran spontan, dan penepuan kargo yang akan membahayakan kapal. Penggunaan kapal yang sudah lama dan mempunyai masalah hakisan akan membawa bencana. Peraturan antarabangsa telah diperkenalkan untuk menambah baik reka bentuk dan pemeriksaan kapal serta menggariskan proses menamatkan perkhidmatan sesebuah kapal.

Rujukan

WikiPedia: Kapal_kargo_pukal http://www.manbw.com/files/news/filesof5479/5510-0... http://www.oceansatlas.com/unatlas/issues/safety_a... http://www.oceansatlas.com/unatlas/uses/transporta... http://www.pancanal.com/eng/maritime/notices/n01-0... http://www.marad.dot.gov/MARAD_statistics/2005%20S... http://www.lukarijeka.hr/en/Archive/2007/july2007-... http://www.tsuneishi.co.jp/tess/factbook.html http://www.marin.nl/web/show/id=77616 http://www.1911encyclopedia.org/Ship http://www.imo.org/includes/blastDataOnly.asp/data...