Sejarah Kapal_kargo_pukal


Sebelum kapal khusus diperkenalkan, pengirim menggunakan dua kaedah untuk mengangkut kargo pukal di atas kapal. Dalam kaedah pertama, kargo akan dimasukkan ke dalam karung yang diletakkan di atas palet, kemudiannya palet akan dimasukkan ke dalam palka kapal menggunakan kren.[1] Kaedah kedua memerlukan pengirim menyewa seluruh kapal dan menghabiskan masa dan wang untuk membina bekas dari papan lapis di dalam ruang palka.[2] Kemudian, untuk memuatkan kargo ke dalam ruang yang sempit itu, alat suap dan papan anjak perlu dibina.[2] Kaedah sebegini memakan masa dan menggunakan tenaga kerja yang banyak. Seperti kes kapal kontena, masalah pemuatan dan pemunggahan juga telah menjadi pencetus revolusi kapal kargo pukal.

Kapal khusus untuk kargo pukal mula muncul selepas kapal stim diperkenalkan.[1] Kapal stim pertama yang diiktiraf sebagai kapal kargo pukal pada tahun 1852 ialah kapal pengangkut arang batu British, SS John Bowes.[3][4] Ia memiliki badan kapal dari besi, enjin stim dan tangki pengimbang yang menggunakan air laut (cara lama ialah menggunakan beg pasir). Ciri-ciri ini membantunya memenangi persaingan dalam pasaran arang batu British.[3] Dua ciri utama kapal kargo pukal muncul kemudiannya iaitu; tangki tapak ganda yang mula digunakan pada tahun 1890[3], dan tangki pengimbang berbentuk tiga segi yang diperkenalkan pada tahun 1905[3]. Kapal kargo pukal pertama yang menggunakan enjin diesel mula muncul pada tahun 1911.[3][4]

Sebelum Perang Dunia Kedua, permintaan ke atas produk pukal adalah sangat rendah; cuma sekitar 25 juta tan untuk bijih besi[5][6]—dan sebahagian besar aktiviti perdagangannya dibuat di antara laluan pesisir.[7] Selepas Perang Dunia Kedua, perdagangan pukal antarabangsa mula berkembang maju antara negara industri terutamanya antara negara Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun.[5] Oleh kerana nilai ekonominya yang tinggi, kapal kargo pukal dibina dengan lebih besar dan lebih khusus.[8][6]

Rujukan

WikiPedia: Kapal_kargo_pukal http://www.manbw.com/files/news/filesof5479/5510-0... http://www.oceansatlas.com/unatlas/issues/safety_a... http://www.oceansatlas.com/unatlas/uses/transporta... http://www.pancanal.com/eng/maritime/notices/n01-0... http://www.marad.dot.gov/MARAD_statistics/2005%20S... http://www.lukarijeka.hr/en/Archive/2007/july2007-... http://www.tsuneishi.co.jp/tess/factbook.html http://www.marin.nl/web/show/id=77616 http://www.1911encyclopedia.org/Ship http://www.imo.org/includes/blastDataOnly.asp/data...