Cakera Blu-ray [3] (
Bahasa Inggeris:
Blu-ray Disc,
BD) merupakan sebuah format baru
cakera padat yang bakal menggantikan cakera
DVD. Format Blu-ray telah dibangunkan oleh Persatuan Cakera Blu-ray (Blu-ray Disc Association, BDA), dengan keterlibatan lebih dari 170 syarikat utama elektronik pengguna dari seluruh dunia.Satu cakera Blu-ray dapat memuatkan sejumlah 25 GB data pada satu lapisan atau 50 GB dwi lapisan berbanding 4.7 GB data untuk DVD. Seperti namanya Blu-ray (sinar biru) mendapat namanya dari teknologi baru membaca cakera
laser, berbeza dari DVD menggunakan pancaran laser berwarna merah, Blu-Ray sebaliknya berwarna biru. Laser biru-ungu mempunyai
panjang gelombang 405 nm, lebih pendek berbanding DVD (650 nm) dan CD (780 nm). Ia mula dijual pada Jun 2006.Blu-ray dicipta sejajar dengan pengenalan HDTV (Televisyen definisi tinggi), yang berkeupayaan memancarkan mutu siaran lebih jelas serta interaktif. Dengan pengenalan Blu-ray, rakaman serta penyimpanan jumlah data yang besar yang menyamai kualiti HDTV dapat dilaksanakan. Blu-ray juga digunakan dalam
PlayStation 3 Sony.Blu-ray memenangi
perang format cakera optik definisi tinggi, menewaskan format
HD-DVD.
Toshiba, salah satu pemaju utama format pesaing itu, secara rasminya mengesahkan urusan mereka pada HD-DVD ditamatkan pada
19 Februari 2008[4].