Jenis Campuran

Campuran homogen ialah campuran bahan-bahan kimia yang tersebar secara sama rata, seperti air masin (campuran air dan garam). Sebaliknya, campuran heterogen ialah campuran bahan-bahan kimia yang tidak tersebar secara sekata, seperti campuran air dan pasir. Jenis-jenis campuran homogen dan heterogen adalah seperti di bawah:

  • Campuran homogen
  • Campuran gas
  • Aloi (campuran logam)
  • Larutan (campuran melibatkan cecair)
  • Campuran heterogen

Proses pengenalpastian jenis campuran, sama ada homogen atau heterogen adalah bergantung kepada skala ujian. Pada skala yang seni, semua campuran boleh disifatkan sebagai heterogen kerana setiap bahan akan menjadi sekecil molekul. Pada skala yang kasar, semua campuran boleh disifatkan sebagai homogen. Secara praktikal, sekiranya ciri-ciri campuran adalah sama tanpa mengira skala persampelan, campuran disifatkan adalah homogen.

Campuran ideal adalah sejenis campuran yang menuruti hukum Raoult atau hukum Henry (atau kedua-duanya). Sebenarnya tidak ada campuran yang boleh dibilang ideal, tetapi beberapa larutan campuran yang berkeadaan mendekati ciri-ciri campuran ideal.[4]