Produksi Captain_America:_The_Winter_Soldier

Pembangunan

Pada bulan April 2011, sebelum Captain America: The First Avenger ditayangkan di teater, penulis skrip, Christopher Markus dan Stephen McFeely mengumumkan bahawa Marvel telah melantik duo itu bekerja untuk sekuel filem tersebut.[21] Pada bulan September 2011, Chris Evans berkata sekuel itu mungkin tidak akan ditayangkan sehingga tahun 2014.[22] Pada bulan Januari 2012, Neal McDonough yang berlakon sebagai Dum Dum Dugan dalam Captain America: The First Avenger, menyebut bahawa sekuel mungkin akan difilemkan selepas Thor: The Dark World selesai.[23] Walt Disney Studios mengumumkan bahawa rancangan untuk menayangkan sekuel kepada Captain America: The First Avenger pada 4 April 2014.

Pra-produksi

Menjelang bulan Jun 2012, Russo bersaudara memasuki rundingan untuk mengarahkan filem sekuel[24] dan Samuel L. Jackson disahkan akan kembali sebagai ketua S.H.I.E.L.D., Nick Fury.[25] Ketika Comic-Con Antarabangsa San Diego 2012, ia telah diumumkan bahawa tajuk rasmi sekuel ini adalah Captain America: The Winter Soldier, dan Russo bersaudara akan mengarahkan filem ini.[26] Selepas menandatangani untuk mengarah, Russo bersaudara berjumpa dengan Ed Brubaker untuk belajar lebih banyak tentang di mana karakter Winter Soldier datang, pemikirannya dan tema tentang watak itu.[27] Pada bulan Julai 2012, Anthony Mackie memasuki rundingan untuk membintangi sebagai Falcon dalam filem sekuel.[28] Sebastian Stan juga disahkan akan menyambung wataknya sebagai James Barnes.[28] Menjelang bulan Ogos 2012, Anna Kendrick, Felicity Jones dan Imogen Poots sedang dipertimbangkan untuk peranan utama dalam filem ini.[29]

Pada bulan September 2012, Chris Evans menyatakan bahawa penggambaran akan bermula pada bulan Mac 2013.[30] Evans juga menyatakan bahawa penyesuaian diri Rogers dalam dunia moden yang pada asalnya dimasukkan dalam The Avengers lebih sesuai dalam Captain America: The Winter Soldier.[31] Pada akhir bulan itu, The Greater Cleveland Film Commission mengumumkan bahawa Captain America: The Winter Soldier akan difilemkan di Cleveland, Ohio selepas produksi itu telah diluluskan $9.5 juta cukai kredit.[32] Penerbit, Nate Moore berkata selepas menjadi lokasi The Avengers, kerajaan Cleveland sangat membantu dalam menyediakan lokasi yang besar untuk penggambaran. Sesetengah daripada filem juga dijadualkan menjalani pengambaran di California dan Washington, D.C.[32][33]

Menjelang bulan Oktober, Emilia Clarke, Jessica Brown Findlay, Teresa Palmer, Imogen Poots dan Alison Brie telah dipertimbangkan untuk minat cinta Rogers dalam filem,[34] dan Scarlett Johansson dibawa kembali untuk menyambung wataknya sebagai Black Widow.[34] Kemudiannya pada bulan itu, Frank Grillo telah menjalani ujian percubaan untuk watak penjahat, Crossbones dalam filem itu,[35] dan menjelang akhir bulan itu, Grillo menandatangani perjanjian untuk melakonkan watak itu dan Cobie Smulders menyambung wataknya sebagai Maria Hill dari The Avengers.[36]

Pada bulan Januari 2013, Hayley Atwell yang melakonkan watak Peggy Carter dalam Captain America: The First Avenger, berkata dia tidak akan muncul dalam filem sekuel ini.[37] Walau bagaimanapun Stanley Tucci, yang melakonkan watak Dr. Abraham Erskine dalam filem sebelumnya, kemudiannya berkata Atwell akan muncul dalam babak papar kembali.[38] Juga pada bulan Januari, Marvel Studios mengumumkan bahawa filem ini akan ditayangkan dalam 3D dan Anthony Mackie berkata penggambaran akan bermula pada 1 April 2013.[39][40] Kemudiannya pada bulan itu, Toby Jones yang berlakon sebagai Arnim Zola dalam filem pertama berkata dia akan menyambung wataknya dalam sekuel.[6]

Pada bulan Februari 2013, Emily VanCamp memasuki rundingan untuk melakonkan watak wanita utama dalam filem ini.[41] Menjelang bulan Mac 2013, Maximiliano Hernández ditandatangani untuk menyambung wataknya sebagai ejen S.H.I.E.L.D., Jasper Sitwell dari Thor dan The Avengers dan Robert Redford memasuki perbincangan untuk menyertai barisan pelakon sebagai ahli berpangkat tinggi S.H.I.E.L.D,[7][42] yang kemudiannya disahkan olehnya[43] Menjelang akhir bulan Mac, pelawan UFC, Georges St-Pierre dipilih untuk watak berdasarkan komik Batroc the Leaper dalam filem ini.[9]

Penggambaran

Set filem Captain America: The Winter Soldier di National Mall.

Fotografi utama bermula pada 1 April 2013 di Raleigh Manhattan Beach Studios, Los Angeles.[44] Babak mengambil tempat di "Lemurian Star" difilemkan di Sea Launch Commander, Long Beach, California.[45] Pada awal bulan Mei, Dominic Cooper mengesahkan dia akan kembali sebagai Howard Stark.[46] Pada 14 Mei 2013, produksi berpindah ke Washington, D.C. dengan pengambaran mengambil tempat di National Mall dan Jambatan Theodore Roosevelt.[47] Pada hari berikutnya, Garry Shandling dilihat melakonkan kembali wataknya dalam Iron Man 2 sebagai Senator Stern.[8] Lokasi penggambaran lain di Washington, D.C. termasuk Hotel Willard Hotel dan Bulatan Dupont.[48]

Penggambaran di Cleveland bermula pada 17 Mei dan dijadualkan berjalan sehingga pertengahan bulan Jun dengan lokasi dijadualkan di West Shoreway, the Southerly Wastewater Treatment Plant, Cuyahoga Heights dan Lakeview Cemetery Dam.[49] Cleveland dipilih sebagai pendiri untuk Washington, D.C. dengan East 6th Street sebagai pendua kepada 7th and D Streets di Southwest D.C.[50] Lokasi lain di Cleveland termasuk Bank Rizab Persekutuan Cleveland, Perpustakaan Awam Cleveland, Universiti Negeri Cleveland, Cleveland Arcade, Tower City Center, Muzium Seni Cleveland dan Western Reserve Historical Society.[50][51][52][53][54] Penggambaran dalaman juga difilemkan dalam rumah-rumah persendirian dan Gereja Pilgrim Congregational di Tremont.[55] Penggambaran di Cleveland tamat pada 27 Jun 2013.[56]

Trent Opaloch, lebih dikenali dengan kerjanya untuk District 9 dan Elysium, dibawa masuk sebagai pengarah fotografi.

Pasca-produksi

Fotografi tambahan difilemkan pada bulan Disember 2013 dan Januari 2014,[57] dalam rangka untuk Russo bersaudara menunjukkan dengan tepat keadaan setiap watak selepas kekalahan S.H.I.E.L.D., setelah membaca skrip Avengers: Age of Ultron untuk membimbing pilihan mereka.[58] Joss Whedon, pengarah The Avengers dan Avengers: Age of Ultron, menulis dan mengarahkan babak pertengahan kredit,[59] yang menampilkan Quicksilver, Scarlet Witch,[19] dan Baron Wolfgang von Strucker.[18]

Enam syarikat kesan istimewa terlibat dalam mencipta kesan visual filem termasuk Industrial Light & Magic (ILM), Scanline VFX, Lola VFX, Luma Pictures, Whiskytree dan The Embassy.[60] Filem ini mengandungi 2,500 kesan visual dengan 900 dikerjakan oleh ILM.[61] Lola VFX yang melakukan babak pra-serum Steve Rogers dalam filem ini dan Captain America: The First Avenger juga bekerja untuk babak yang menampilkan Peggy Carter yang tua. Helicarrier dalam filem ini merupakan digital sepenuhnya. Kebanyakan babak di Washington, D.C. dicipta secara digital kerana banyak sekatan penerbangan di bandar itu yang memerlukan lokasi diwujudkan semula oleh komputer.[61]

Rujukan

WikiPedia: Captain_America:_The_Winter_Soldier http://www.sportsnet.ca/mma/ufc/ufcs-gsp-lands-rol... http://boxofficemojo.com/movies/?id=marvel14b.htm http://www.boxofficemojo.com/news/?id=3820&p=.htm http://www.boxofficemojo.com/news/?id=3825&p=.htm http://www.boxofficemojo.com/news/?id=3830&p=.htm http://www.boxofficemojo.com/news/?id=3841 http://www.boxofficemojo.com/yearly/chart/?view2=w... http://www.boxofficemojo.com/yearly/chart/?yr=2014... http://www.cleveland.com/comic-books/index.ssf/201... http://www.cleveland.com/metro/index.ssf/2012/09/c...