Sejarah Caterham_F1

Latar belakang

Pada mulanya, pasukan Fernandes memasuki Formula Satu pada tahun 2010 sebagai Lotus Racing, dan menggunakan nama Lotus di bawah lesen Group Lotus. Apabila syarikat induk Group Lotus, Proton, menamatkan lesen itu, Fernandes mengambil alih milik persendirian pasukan nama Lotus untuk digunakan untuk musim 2011. Apabila Proton memulakan perbicaraan undang-undang terhadap pasukan itu, Fernandes membeli Caterham Cars. Pada bulan November 2011, pasukan tersebut memohon kepada suruhanjaya Formula Satu secara rasmi untuk menukar nama pengeluar mereka untuk musim 2012 dari Lotus ke Caterham, manakala Renault menukar nama mereka kepada Lotus.[9] Kebenaran tersebut diberikan secara rasmi dan disahkan pada mesyuarat Majlis Sukan Permotoran Sedunia FIA. Pasukan itu mendapat tempat kesepuluh dalam Kejuaraan Pengeluar pada tahun 2011, dan mendapat tempat ke-13 sebanyak tiga kali. Dua daripada keputusan tersebut ialah hasil Trulli dan satu dari Kovalainen.

Musim 2012

Trulli dan Kovalainen memperbaharui kontrak mereka bersama pasukan, yang kini dikenali sebagai Caterham, bagi musim 2012.

Jarno Trulli mengambil bahagian dalam sesi ujian pra-musim pada bulan Februari 2012, namun digantikan oleh Vitaly Petrov.

Pada 17 Februari, Caterham mengumumkan bahawa Vitaly Petrov akan menggantikan Trulli dan akan bersama Kovalainen bagi musim 2012.

Kereta Caterham kelihatan lebih perlahan daripada kereta Marussia. Walau bagaimanapun, Caterham mendapat cengkaman melalui Kovalainen, yang berjaya memasuki ke Q2 untuk Grand Prix Bahrain. Di Valencia, Kovalainen mendapat tempat ke-14, di belakang Petrov yang mendapat tempat ke-13. Di Grand Prix British, Vitaly Petrov gagal untuk memulakan perlumbaan kerana terdapat masalah dengan enjin keretanya sebelum perlumbaan. Pasukan mendapat tempat kesepuluh dalam Kejuaraan Pengeluar Dunia, selepas Petrov mendapat keputusan terbaik pasukan dengan mendapat tempat kesebelas pada perlumbaan terakhir musim di Brazil.

Musim 2013

Charles Pic menguji jentera CT03 di Barcelona.

Pada 23 November 2012, ia telah diumumkan bahawa pemandu Marussia, Charles Pic, telah menandatangani kontrak bersama Caterham.[10] Rakan sepasukannya ialah Giedo van der Garde.

Pada 1 Mac 2013, pasukan mengumumkan bahawa Alexander Rossi dan Ma Qinghua akan menjadi pemandu ujian mereka bagi musim 2013.[6]

Pada 17 April 2013, ia telah disahkan bahawa pasukan telah menandatangani semula Heikki Kovalainen sebagai pemandu ujian (peranan pembangunan teknikal formal) untuk menguji kereta mereka.[11]

Rujukan

WikiPedia: Caterham_F1 http://adamcooperf1.com/2011/11/03/caterham-lotus-... http://www.autosport.com/news/report.php/id/104109 http://www.autosport.com/news/report.php/id/104482 http://www.autosport.com/news/report.php/id/106819... http://www.autosport.com/news/report.php/id/96740 http://www.caterhamf1.com http://www.caterhamf1.com/news/2013/alexander-ross... http://fia.com/en-GB/mediacentre/pressreleases/f1r... http://www.fia.com/sites/default/files/entry_lists... http://www.formula1.com/news/headlines/2011/4/1197...