Cats_FM

Cats FM ialah sebuah stesen radio FM Malaysia yang beroperasi di Jalan Bako,[1] Kuching, Sarawak, Malaysia. Ia meliputi kawasan di Sarawak dan Brunei. Stesen radio ini bersiaran dalam bahasa Melayu dan Iban, ia juga pernah bersiaran dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.Cats FM merupakan stesen radio swasta pertama yang diwujudkan di Negeri Bumi Kenyalang.[2]

Cats_FM

Pemilik Kristal Harta Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu
Iban
Frekuensi Berbeza-beza, bergantung kepada kawasan
Tarikh siaran pertama 8 Ogos 1996; 23 tahun yang lalu (1996-08-08)[1]
Kawasan penyiaran Sarawak, Brunei, sebahagian Indonesia dan sebahagian Sabah
Slogan Nang Antap!
Tapak web www.catsfm.my
Bandaraya lesen Kuching