Penampilan Cau-cau

Tangkapan dekat bagi lidah hitam cau-cau pada seekor cau-cau betina

Cau-cau ialah anjing bertubuh tegap, berprofil segi empat sama, dengan tengkorak lebar dan telinga segi tiga kecil dan tegak dengan hujung membulat. Baka ini terkenal kerana lapis bulu ganda sangat padat yang sama ada licin atau kasar.[1]:4–5 Bulunya khususnya tebal di kawasan leher yang memberinya penampilan lingkaran bulu atau surai. Lapis bulunya mungkin merah, hitam, biru, kayu manis/perang kekuning-kuningan, atau krim.[1]:4–5[4] Bukan semua keragaman warna ini diiktiraf sebagai sah di semua negara. Individu dengan lapis bulu bercapuk-capuk atau berbilang warna dianggap terkeluar daripada piawaian baka. Mata cau-cau biasanya terletak dalam-dalam dan berbentuk badam. Baka ini unik kerana lidahnya yang ungu/biru-hitam yang tidak dimiliki oleh baka lain kecuali shar pei, dan mempunyai tungkai belakang sangat lurus, yang menghasilkan gaya jalan agak kekok.[1]:4–5 Warna kebiru-biruan melanjut ke bibir cau-cau; ini merupakan satu-satu baka anjing dengan warna kebiru-biruan distingtif pada bibirnya dan rongga mulutnya (anjing lain mempunyai kulit hitam atau bercorak piebald di dalam mulutnya).[1]:4–5 Satu lagi ciri distingtif ialah ekor melingkar.[1]:4–5 Ia mempunyai bulu tebal yang keriting di belakangnya. Hidungnya patut hitam, tetapi cau-cau berbulu biru dapat mempunyai hidung biru padu atau berwarna biru loh. Menurut piawaian baka American Kennel Club, mana-mana cahaya warna lain tidak diterima untuk pertandingan.[6] Walau bagaimanapun, negara-negara FCI mengizinkan hidung berwarna sendiri pada anjing krim.[7]

Gen lidah biru-hitam/ungu terlihat dominan, kerana kebanyakan anjing baka kacuk yang datang daripada cau-cau mengekalkan warna lidah itu. Walau bagaimanapun, lidah biru-hitam/ungu juga dapat ditemukan pada shar pei. Ini tidak bermaksud bahawa setipa anjing baka kacuk dengan tompok ungu pada lidah diturunkan daripada cau-cau kerana tompok ungu pada lidah dapat ditemukan pada anjing baka tulen lain.[8]

  • Ciri-ciri distingtif cau-cau
  • Tungkai belakang lurus
  • Lapis bulu ganda tebal pada seekor cau-cau jantan
  • Lidah ungu-hitam pada seekor anak cau-cau betina
  • Bibir dan rongga mulut kebiru-biruan
  • Tubuh tegap, berprofil segi empat sama
  • Seekor cau-cau perang kemerah-merahan

Rujukan

WikiPedia: Cau-cau https://curlie.org/Recreation/Pets/Dogs/Breeds/Non... https://www.animalspedia.org/chow-chow/ https://books.google.com/books?id=NiPQPLXJ2SgC http://www.akc.org/dog-breeds/chow-chow/care/ https://web.archive.org/web/20120328035256/http://... http://chowchowclub.co.za/breed-info/colours-coat.... https://www.fci.be/Nomenclature/Standards/205g05-e... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Chow_C... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC33841... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2012PNAS..109.88...