Cecilia_Cheung
Cecilia_Cheung

Cecilia_Cheung

Cecilia Cheung (Tulisan Cina Mudah: 张柏芝, Tulisan Cina Tradisional: 張栢芝, pinyin: Zhãng Băi Zhī, Bahasa Kantonis: Cheung Pak Zhi, lahir 24 Mei 1980) ialah seorang pelakon dan penyanyi dari Hong Kong.Cheung dilahirkan di Hong Kong kepada ayah berketurunan Cina dan ibu berketurunan campuran Cina dan Inggeris. Ibu bapanya bercerai ketika dia masih kecil yang mana selepas itu dia dihantar ke Australia untuk tinggal bersama dengan ibu saudaranya ketika berumur 14 tahun.Pada tahun 1998, semasa menolong kawannya menguruskan kedai rambut, seorang ejen menawarkan dia untuk berlakon iklan teh limau. Kemudian, Cheung ditawarkan untuk berlakon filem pertamanya dengan memegang watak pelayan kelab malam dalam filem lakonan Stephen Chow, The King of Comedy (1999), diikuti dengan Fly Me to Polaris (1999). Peranannya dalam filem kedua lakonannya itu membolehkan dia menerima anugerah bagi Pelakon Baru Terbaik dalam Anugerah Filem Hong Kong. Dalam tahun yang sama, Cheung melancarkan album pertamanya iaitu Any Weather (1999).Bagi filem romantik arahan Derek Yee, Lost in Time (2003), Cheung memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Filem Hong Kong.Cheung mahir bertutur dalam Bahasa Kantonis, Mandarin and Bahasa Inggeris.Cheung dan Nicholas Tse berkahwin dalam bulan September 2006 di Filipina.