Chandi

Candi (Jawi: ‏چندي‎code: ms is deprecated ‎) adalah bangunan purba atau kuno yang terbuat daripada batu yang lazimnya mempunyai kegunaan sebagai tempat sembahyang untuk penganut agama Hindu dan Buddha di kepulauan Melayu merangkumi Malaysia dan Indonesia moden pada zaman dahulu. Di Malaysia, peristilahan lazim untuk tempat sembahyang penganut Hindu disebut kuil, dan tempat sembahyang untuk penganut Buddha dipanggil tokong.Candi juga boleh menggambarkan betapa kuatnya pengaruh Hindu-Buddha di sesuatu tempat. Hal ini dapat diperlihat melalui karya ukiran atau arca yang terdapat pada dinding candi. Candi juga merujuk kepada monumen-monumen agama Hindu-Buddha yang telah wujud sebelum kedatangan agama Islam di Nusantara.Di Malaysia, kuil tertua yang dipercayai ialah Lembah Bujang, Kedah, utara Malaysia Barat. Beberapa artifak telah ditemui dalam beberapa aktiviti arkeologi dan kini disimpan dalam Muzium Arkeologi Lembah Bujang.