Kerjaya Charles_Pic

Sukan kart

Pic amat berjaya dalam perlumbaan kart. Beliau memenangi beberapa kejuaraan dan perlumbaan yang kecil dan hampir memenangi kejuaraan European Championship ICA Junior.

Formula Renault

Pic berlumba dalam kejuaraan Formula Renault Campus di Perancis pada tahun 2006, di mana beliau mendapat tempat ketiga. Pic juga berlumba dalam Championnat de France Formula Renault 2.0 dan Eurocup Formula Renault 2.0 pada tahun 2007, di mana Pic menamatkan musim di tempat keempat dalam siri Perancis dan ketiga dalam kejuaraan Eurocup.

Formula Renault 3.5 Series

Pic di Silverstone ketika bertanding dalam kejuaraan Formula Renault 3.5 Series musim 2008.

Bagi tahun 2008, Pic menyertai Tech 1 Racing untuk bertanding dalam kejuaraan Formula Renault 3.5 Series.[1] Beliau menjadi rakan sepasukan Julien Jousse dan mendapat tempat keenam dalam kejuaraan ini selepas memenangi perlumbaan di Circuit de Monaco - selepas bermula dari petak pertama dan mendapat pusingan terptnas - dan di Le Mans. Beliau kekal dengan Tech 1 untuk musim berikutnya dan memenangi dua kali lagi, di Silverstone dan Nürburgring, yang membantu beliau untuk mendapat tempat ketiga dalam kedudukan akhir. Pada tahun 2009, beliau juga merupakan seorang ahli Pemandu Pembangunan Renault.[2]

Formula Satu

Pada bulan November 2011, Pic membuat penampilan sulungnya dalam kereta Formula Satu dengan memandu untuk Marussia Virgin Racing dalam acara Ujian Pemandu Muda yang diadakan di Litar Yas Marina di Abu Dhabi.[3] Beliau dijadualkan untuk memandu untuk satu hari dan separuh daripada ujian penuh, tetapi pasukan Virgin memutuskan untuk memberi beliau setengah hari lagi selepas beliau menghadapi masalah enjin pada hari kedua ujian tersebut.[4]

Semasa ujian, beberapa sumber berita melaporkan bahawa Pic telah menandatangani perjanjian untuk berlumba dengan pasukan tersebut bagi musim 2012.[5]

Marussia (2012)

Pic memandu untuk Marussia di Grand Prix Malaysia 2012.Pic di Grand Prix Amerika Syarikat 2012.

Selepas tamatnya Grand Prix Brazil 2011, ia telah disahkan bahawa Pic akan menjadi rakan sepasukan Timo Glock untuk pasukan Marussia bagi musim 2012. Ia juga disahkan bahawa Pic akan dibimbing oleh bekas pemandu Formula Satu, Olivier Panis. Ia telah dilaporkan di Grand Prix Hungary bahawa terdapat persengketaan antara Pic dan Glock selepas Pic menghalang Glock semasa pusingan kelayakan. Pic menamatkan perlumbaan tersebut di tempat ke-20. Di Grand Prix Belgium, Pic menetapkan masa pusingan terpantas pada sesi latihan bebas kedua. Beliau menamatkan musim di tempat ke-21 dalam Kejuaraan Pemandu Dunia.

Caterham (2013)

Pic memandu untuk Caterham di Grand Prix Malaysia 2012

Pada 23 November 2012, ia telah diumumkan bahawa Pic telah menandatangani kontrak untuk berlumba bersama Caterham F1 pada musim 2013.[6] Rakan sepasukannya ialah bekas rakan sepasukannya dari kejuaraan GP2 Series, Giedo van der Garde. Pic juga menjadi duta untuk Renault Sport F1. Di Australia, Pic mendapat tempat terakhir pada pusingan kelayakan dan gagal mencatat masa pusingan di bawah masa 107%. Namun begitu, beliau dibenarkan memulakan perlumbaan dan akhir menamatkan perlumbaan di tempat ke-16. Pic mendapat tempat ke-14 di Grand Prix Malaysia, dan ia merupakan keputusan terbaiknya pada musim ini.