Sejarah Chempaka

Menurut sejarah, pantai Kuala Pak Amat di Pengkalan Chepa merupakan lokasi pertama pendaratan tentera Jepun di Tanah Melayu yang menandakan permulaan Perang Dunia di Asia Pasifik pada tengah malam 7 Disember 1941. Pada pukul 12.25 malam, 7 Disember 1941, 5,503 tentera Jepun yang menggunakan lima kapal perang dan tiga kapal pengangkut mendarat di situ sebelum menakluki Kelantan, satu jam setengah lebih awal daripada serangan tentera Jepun ke atas Pearl Harbour, Hawaii, sebuah pulau di Lautan Pasifik, milik Amerika Syarikat.