Chernobyl
Chernobyl

Chernobyl

Koordinat: 51°22′50″N 30°06′59″E / 51.380567°N 30.116272°E / 51.380567; 30.116272Chernobyl (disebut /tʃɚˈnoʊbəl/ chur-NOBLE; Bahasa Rusia: Чернобыль, Templat:IPARus;[1] Bahasa Ukraine: Чорнобиль IPA: [tʃɔrˈnɔbɪlʲ]) merupakan sebuah bandar yang ditinggalkan di utara Ukraine dalam provinsi Kiev, berdekatan sempadan Belarus (51°16′N, 30°13′E). Majalah Time mengklasifikasikan bandar ini sebagai bandar ke-10 tercemar di dunia.[2]Udara bandar ini tercemar pada 26 April 1986 akibat kebocoran Loji Nuklear Chernobyl yang terletak 14.5 km di selatan. Pencemaran nuklearnya 100 kali ganda melebihi bom nuklear Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia II tahun 1945. Sekarang zon sekitar 19 km tidak berpenghuni lagi. Dari 1992-2004 terdapat 4000 kes kanser tiroid dikesan di negara Rusia, Ukraine dan Belarus. Ini adalah kejadian industri terbesar di dunia.Loji Nuklear Chernobyl terletak di daerah Chernobyl tetapi pekerja tidak ditempatkan di sini. Semasa pembinaannya, bandar Prypiat menjadi kawasan kediaman pekerja.Sungguhpun bandar ini kini sebahagian besarnya ditinggalkan, sejumlah kecil penduduk tinggal di dalam rumah yang ditanda dengan papan tanda menyatakan "Pemilik rumah ini tinggal di sini". Pekerja yang memantau dan anggota pengurus bagi Zon Pengasingan ditempatkan di bandar bagi jangka masa panjang. Sesiapa pun tidak dibenarkan berada di sana kecuali mereka. Sebelum ditinggalkan, bandar ini didiami oleh sekitar 55,000 penduduk.