Sejarah Chernobyl

Chernobyl seperti dilihat dari stesen angkasa Rusia Mir pada 1997. (Peta Satelit Chernobyl)

Chernobyl mula dicatat pada 1193 sebagai tempat pemburuan dan bangsal pembalak oleh Putera Rostislavich. Ia menjadi kampung diraja bagi pemerintah Lithuania pada abad ke-13. Bandar ini dianugerahkan sebagai fiefdom kepada Filon Kmita, kapten dalam kalvari di-Raja, pada 1566. Daerah yang mengandungi Chernobyl dipindahkan ke Kerajaan Poland pada 1569, dan kemudiannya diserap oleh Empayar Rusia pada 1793. [3] Sebelum abad ke-20 Chernobyl diduduki oleh petani Ruthenian dan Poland, dan sejumlah besar masyarakat Yahudi.

Chernobyl mempunyai sejarah keagamaan yang kaya. Kaum Yahudi dibawa masuk oleh Filon Kmita semasa kempen koloni Poland, termasuk Hasidim termasuk juga Yahudi Ortodoks yang lain. Petani Ukraine Kristian Ortodoks Timur daerah ini kebanyakannya dipaksa oleh Rusia untuk menganut Katolik Greek selepas 1596, dan kembali ke Ortodoks Rusia hanya selepas penyatuan Ukraine dengan Rusia.

Gereja dan biara jurusan Dominican diasaskan pada 1626 oleh Lukasz Sapieha, pada kemuncak reformasi-balas (Counter-reformation). Terdapat sekumpulan Katolik Tua, yang menentang dekri Council of Trent. Biara Dominican diambil alih pada 1832, dan gereja Katolik Tua dibubarkan pada 1892.

Semenjak 1892, Chernobyl melalui turun naik. Pada 1898 Chernobyl mempunyai penduduk seramai 10,800, termasuk 7,200 Yahudi. Semasa Perang Dunia I kampung ini dijajah dan selepas itu melalui Perang Saudara antara Bolshevik dan Ukrainian. Semasa Perang Poland-Soviet 1919-1920, ia pada mulanya ditawan oleh Tentera Poland kemudian oleh kalvari Askar Merah. Semenjak 1921, ia dimasukkan kedalam SSR Ukraine[3].

Dalam tempoh 1929–33 Chernobyl banyak menderita akibat pembunuhan beramai-ramai semasa kempen pengumpulan Stalin, dan kebuluran Holodomor yang berikutnya. Masyarakat Poland Chernobyl dipindahkan ke Kazakhstan pada 1936 semasa Pencucian Sempadan (Frontier Clearances). Masyarakat Yahudi pupus semasa penjajahan Jerman 1941–44.[3] Dua belas tahun berikutnya, kawasan ini dipilih sabagai tapak stesen nuklear pertama di Padang Rumput Ukraine.

Dengan keruntuhan Kesatuan Soviet pada 1991, Chernobyl menjadi sebahagian Ukraine, negara merdeka.