Ciri-ciri Chess.com

Chess.com mengendalikan model perniagaan freemium: ciri-ciri utama adalah percuma tetapi yang lain terhad atau tidak tersedia dalam beberapa aspek kecuali dengan langganan.[31]

Langganan

Chess.com mengendalikan model freemium yang mempunyai tiga tahap langganan berbeza, setiap satu menawarkan lebih banyak penggunaan perkhidmatan yang disediakan. Langganan boleh dibilkan secara bulanan atau tahunan. Tiga langganan tersebut merupakan Gold, Platinum dan Diamond, masing-masing berbeza dari segi harga dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Mainan catur

Kawalan Masa dan Catur Harian

Pengguna boleh bermain dalam kawalan masa berbeza yang terbahagi kepada Rapid, Blitz, Bullet dan Daily (catur koresponden).

Varian

Pengguna boleh bermain beberapa varian catur popular pada pelayan langsung tersebut seperti crazyhouse, three-check, catur empat pemain, King of the Hill, chess960, atomic, Racing Kings, Duck Chess dan bughouse.

Catur Undian

Catur undian boleh dimainkan antara dua pasukan pemain di Chess.com. Pemain-pemain mengundi pilihan langkah seterusnya dan pergerakan undian tertinggi akan dimainkan. Catur undian mengikut kawalan masa harian dan pemain juga dibenarkan melihat undian pemain lain.

Komputer

Chess.com membolehkan pemain bermain menentang komputer. Berserta dengan komputer standard, terdapat juga banyak komputer lain yang mewakili penstrim catur popular dan pemain catur bertaraf dunia. Satu enjin sedemikian merupakan Mittens, yang menjadi popular pada tahun 2023.

Teka-teki

Chess.com mempunyai pangkalan data teka-teki yang dicipta secara manual (tidak seperti teka-teki Lichess yang diambil daripada permainan). Semasa ini, terdapat kira-kira 600,000 teka-teki dalam pangkalan data mereka. Pemain mendapat penilaian berdasarkan prestasi dan kelajuan mereka dalam menyelesaikan teka-teki. Chess.con juga menawarkan mod teka-teki khas lain seperti pecutan teka-teki (Puzzle Rush) dan perlawanan teka-teki (Puzzle Battle). Setiap hari, satu teka-teki dipilih sebagai teka-teki harian yang boleh dimainkan terus dari Laman Utama.

Pecutan teka-teki

Pecutan teka-teki (Puzzle Rush) ialah mod teka-teki khas di mana pemain perlu menyelesaikan seberapa banyak teka-teki yang mereka boleh dalam tempoh masa yang dipilih. Jika pemain salah menyelesaikan 3 teka-teki, pecutan teka-teki mereka tamat.

Perlawanan teka-teki

Perlawanan teka-teki (Puzzle Battle) ialah satu lagi mod khas teka-teki di mana pemain berlawan dengan pemain lain untuk menyelesaikan paling banyak teka-teki dalam masa 3 minit yang diberikan. Jika pemain salah menyelesaikan 3 teka-teki, mereka tidak dapat menyelesaikan sebarang teka-teki lagi. Sesiapa yang menyelesaikan teka-teki yang paling banyak ialah pemenang dan penilaian pemain berubah.

Pelajaran

Chess.com mempunyai ciri unik iaitu pengajaran catur. Pelajaran-pelajaran tersebut mempunyai video yang menerangkan topik dan cabaran seperti teka-teki mengenai topik yang dijelaskan dalam video. Penyumbang boleh mencipta pelajaran tetapi terdapat pelajaran yang dicipta oleh pasukan teras chess.com.

Berita

Chess.com juga mempunyai bahagian berita di mana wartawan melaporkan ulasan kejohanan besar catur di seluruh dunia serta keputusan kejohanan utama chess.com seperti Kejohanan Catur Pantas.

Ciri lebihan termasuk forum catur, artikel-artikel, muat turun, pangkalan data pembukaan catur, pasukan-pasukan, siaran langsung, [32] latihan dalam talian dan pangkalan data permainan yang mengandungi lebih 2 juta permainan.

Syarikat tersebut menerbitkan berbilang artikel mengenai pelbagai topik mengenai catur, termasuk strategi catur, teori pembukaan dan sejarah catur. Penyumbang tetap termasuk Gregory Serper, Bruce Pandolfini, Sam Shankland, Dan Heisman, Jeremy Silman, Simon Williams, Daniel Naroditsky, Natalia Pogonina dan Daniel Rensch.[33]

Chess.com mempunyai polisi terhadap penggunaan enjin catur dalam semua bentuk permainan, kecuali jika "dinyatakan dibenarkan (seperti kejohanan komputer)".[34] Laman web tersebut menggunakan algoritma dan data statistik untuk menangkap pemain yang menggunakan enjin dalam permainan dan menangkap ramai pemain setiap hari,[35] serta menggaji enam orang moderator untuk mengelakkan penipuan.[4]