Chinmoku

Chinmoku (沈黙, "Kesepian") ialah sebuah novel tahun 1966 karangan Shūsaku Endō. Novel mengisahkan para mubaligh Kristian Jesuit saat diseksa bersama masyarakat seanutan mereka di Jepun semasa zaman Edo berikutan Pemberontakan Shimabara.Novel ini memenangi Hadiah Tanizaki tahun sama ia terbit dalam kategori karya sastera panjang terbaik tahun itu.[1] Ia tidak sahaja dianggap mahakarya Endo sendiri,[2] malah ia juga dinilai seberapa pengulas sastera sebagai "antara novel terulung abad ke-20".[3]