Pemberontakan Shimabara (島原の乱, Shimabara no ran) berlaku dari 17 Disember 1637 sehingga 15 April 1638 di
Pertuanan Shimabara,
Keshogunan Tokugawa,
Jepun. Ia merupakan tindak balas rakyat petani di kawasan itu hasil pelaksanaan dasar atau cermatan
daimyō kawasan tersebut,
Matsukura Shigemasa, yang memaksa pemungutan cukai tinggi untuk pembinaan istana baru keluarganya serta mengharamkan
ajaran Kristian.Sekelompok gabungan
rōnin dan petani yang menganut agama Kristian
mazhab Katolik pimpinan
Amakusa Shirō segera memberontak menentang
Matsukura Katsuie, daimyō baharu yang meneruskan dasar pemerintahan ayahnya. Pihak Tokugawa mengirimkan sebanyak 125,000 orang askar dengan sokongan
Empayar Belanda (yang
bermazhab Protestan) di mana kedua-dua pihak ini bertempur sengit di pekarangan
Istana Hara,
Minamishimabara. Para pemberontak ditewaskan, dan Shirō serta sebanyak 37,000 orang penyokonh
dihukum penggal manakala para pedagang Portugis yang disyaki membantu mereka (semata-mata kerana mazhab gereja mereka) dibuang dari Jepun. Katsuie turut dihukum mati akibat kegagalannya memerintah dan mengelak keadaan tersebut daripada berlaku. Pemberontakan ini merupakan konflik terbesar dilakukan orang ramai sewaktu
zaman Edo, lagi-lagi pada zaman pemerintahan keshogunan Tokugawa yang diketahui aman serata kepulauan Jepun pada ketika itu.
[1]