Tema Chobits

Di sebalik tema komedi dan ecchi, siri Chobits berkisar kepada beberapa dualiti bagi isu -isu yang dipaparkan, seperti hubungan antara manusia dan persocom. Disebabkan persocom boleh diprogramkan untuk meniru kelakuan manusia yang disukai, ada manusia yang memilih untuk mengadakan hubungan dengan persocom, menyebabkan beberapa masalah seperti ketidakupayaan untuk memperoleh zuriat.

Siri tersebut juga turut menyentuh isu-isu serta pendapat mengenai kesucian manusia, dan hubungan seks yang tidak mampu dilakukan oleh Chii. Siri ini juga turut memberi petunjuk mengenai sebab mengapa suis utama Chii ditempatkan di celah kelengkangnya, berserta dengan "keupayaan istimewanya" yang diberikan ayahnya selepas kematian Freya - ayahnya berharap agar Chii disayangi tanpa sebarang tekanan seksual. Konsep percintaan pula banyak disentuh dalam siri buku Bandar Tidak Berpenghuni; menyentuh mengenai isu pencarian dan penantian seseorang yang disifatkan sebagai "jodoh". Kisah di dalam buku tersebut benar-benar selari dengan kisah Freya (kakak kembar Chii) yang jatuh cinta dengan ayahnya sendiri (penciptanya), dan digunakan sebagai "panduan" kepada Chii untuk mencari "insan yang hanya untukku".