Etimologi Chobits

Istilah "Chobits" digunakan kerana ayah mereka, Mihara Ichiro, menggunakan perkataan "chobi" untuk merujuk kepada sesuatu yang kecil dan comel.[2] Perkataan "Chobits" juga ialah anagram kepada "Hibiya Chitose" serta kata laluan yang digunakan pada Elda, Freya, Sumomo dan kemudian Chii. Ejaan Jepun bagi tajuk siri tersebut ialah campuran huruf hiragana ちょびっ Chobi[t] dan katakana ツ tsu. Kata laluan Sumomo pula menggunakan gabungan huruf katakana チ Ch[i] dan hiragana ょびっつ [y]obittsu. Dalam manga versi Bahasa Inggeris, kata laluan Sumomo dieja sebagai "Chobits", dengan huruf C besar. Penggunaan gabungan huruf sebagai memenuhi syarat bagi menetapkan kata laluan persocom.

Perkataan persocom (パソコン, pasokon) dalam Bahasa Jepun ialah kependekan daripada komputer peribadi (パーソナルコンピュータ, pāsonaru konpyūta). Di Jepun, istilah pasokon merujuk kepada semua komputer peribadi sebagaimana kependekan PC dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Dalam siri Chobits, istilah tersebut digunakan pada semua komputer humanoid memandangkan semua komputer dalam persekitaran Chobits dibina menyerupai manusia. Istilah persocom digunakan dan bukannya istilah "robot" kerana penciptanya, Mihara Ichiro tidak mahu terikat dengan Tiga Hukum Robotik.