Chobits
Chobits

Chobits

Editora JBC
Pika Éditions
Star Comics
Daiwon CI
Bonnier Carlsen
Norma Editorial
Editorial Vid
J.P.Fantastica
Chobits (ちょびっツ, Chobittsu) ialah siri manga dan anime Jepun hasil karya Clamp. Tidak seperti kebanyakan hasil karya Clamp yang lain, Chobits ialah siri seinen, khususnya genre teman wanita sihir. Siri manganya mengambil tempat di persekitaran yang sama seperti dalam siri Angelic Layer dan jalan ceritanya berlaku beberapa tahun selepas Angelic Layer.Chobits diterbitkan dalam 88 episod manga yang disiarkan dalam majalah Young Magazine terbitan Kodansha serta dihimpunkan dalam 8 jilid. Versi Bahasa Inggeris pula diterbitkan oleh Tokyopop. Versi animenya pula disiarkan sebanyak 24 episod dengan tambahan 3 episod "recap", menjadikan keseluruhan jumlah episod sebanyak 27 episod.