Chor_Chee_Heung

Tan Sri Dato' Seri Chor Chee Heung (Cina ringkas: 曹智雄; Cina tradisional: 曹智雄; pinyin: Cáo Zhì Xióng); lahir 15 Mac 1955) ialah ahli parlimen P009 Alor Star, negeri Kedah , Malaysia. Beliau menang setelah bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 pada 21 Mac 2004 atas tiket parti Barisan Nasional. Beliau ahli MCA.Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Gooi Hsiao Leung dengan majoriti sebanyak 184 undi. Datuk Chor Chee Heung memperolehi 20,741 undi berbanding Gooi Hsiao Leung memperolehi hanya 20,557 undi.Pada Jun 2010, beliau telah dinaikkan pangkat kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Beliau sebelum ini telah menjadi Timbalan Menteri, dan telah berkhidmat dalam parlimen sebagai Setiausaha parlimen dan memegang jawatan Timbalan Menteri sejak 1995.[1]