Christian_Wulff
Christian_Wulff

Christian_Wulff

Christian Wilhelm Walter Wulff (Sebutan bahasa Jerman: [ˈkʁɪstjan ˈvɪlhɛlm ˈvaltɐ vʊlf]; lahir 19 Jun 1959) ialah seorang ahli politik dan peguam Jerman yang berkhimdat sebagai Presiden Jerman mulai tahun 2010 hingga 2012. Ahli Kesatuan Demokratik Kristian ini berkhidmat selaku Menteri Besar negeri Niedersachsen pada tahun 2003 hingga 2010.[1] Beliau dipilih untuk menjadi presiden pada pilihan raya presiden pada 30 Jun 2010 setelah menumpaskan calon pembangkang, Joachim Gauck lalu memegang jawatan itu serta-merta,[2] sebelum mengangkat sumpah pada 2 Julai.[3]Pada 17 Februari 2012, Wulff meletak jawatan selaku Presiden Jerman apabila berdepan dengan dakwaan rasuah ketika menjadi Menteri Besar Niedersachsen.[4] Horst Seehofer mengambil tempat beliau selaku pemangku ketua negara sementara menunggu pilihan raya untuk memilih pengganti Wulff.