Kerjaya Chubb-E

Pada tahun 2014, Chubb-E menjadi salah seorang peserta rancangan pertandingan bakat Astro Ceria, Ceria Popstar musim kedua, antara lain turut disertai oleh Masya Masyitah. Empat tahun kemudian, beliau menyertai Ceria Megastar musim pertama biarpun pada mulanya bukan peserta pilihan. Dengan mempersembahkan lagu "Khazanah Dari Malaya" nyanyian asal Ayati Tasrip, beliau dinobatkan sebagai juara Ceria Megastar sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM20,000.[3][4] Selepas tamat rancangan itu, Chubb-E merakamkan single sulungnya, "Aku Tak Kisah" yang dikeluarkan pada 2018, kemudian diikuti oleh dua single berikut—"Kita Cuma Kawan" (2019) dan "Padan Muka" (2020).[5]

Beliau mula dikenali menerusi penyertaannya dalam rancangan Dansa Dan Sing yang turut disertai oleh W.A.R.I.S, Wani Kayrie, Shiha Zikir dan Sophia Liana di mana beliau digandingkan bersama kumpulan Youngsterz Crew.[6] Beliau kemudian melancarkan single keempat, "Biru Malam" menampilkan duet bersama Amir Masdi.[7][8] Kerjaya lakonan Chubb-E bermula apabila ditawarkan membintangi drama Projek: Anchor SPM lakonan bersama Aedy Ashraf, Daiyan Trisha dan Shasha Abedul. Sebelum membitangi drama itu, beliau pernah membintangi telefilem Ada Yang Ngikut.[8]

Rujukan

WikiPedia: Chubb-E https://mediapermata.com.bn/chubb-e-tepis-penerima... https://gempak.com/artikel/9489/chubb-e-juara-ceri... https://gempak.com/berita-terkini/baru-22-tahun-ch... https://www.instagram.com/donutfingerlicking/ https://utusantv.com/2021/01/26/eksperimental-diri... https://origin.bharian.com.my/berita/nasional/2020... https://origin.bharian.com.my/hiburan/selebriti/20... https://origin.bharian.com.my/hiburan/selebriti/20... https://api.hmetro.com.my/utama/2020/06/586107/imp... https://www.kosmo.com.my/2021/02/15/biru-malam-had...