Kerjaya Chungha

2016: Produce 101 dan I.O.I

Chungha membuat persembahan bersama I.O.I pada 2016.

Pada bulan Januari, Kim mewakili M&H Entertainment di dalam rancangan realiti kumpulan wanita, Produce 101. Beliau menduduki tempat ke–4 dengan 403,633 undi dan membuat kemunculan pertama bersama I.O.I pada 4 Mei menerusi album mini Chrysalis.[3]

Pada 10 Jun, YMC Entertainment mendedahkan Kim sebagai salah seorang daripada tujuh ahli kumpulan unit I.O.I untuk mempromosi lagu Whatta Man semasa musim panas tahun 2016.[4] Ia telah didedahkan bahawa tiga pasukan telah dihubungi untuk membuat koreografi lagu ini tetapi koreografi Kim telah dipilih kerana ia dianggap paling berkualiti.[5] Lagu ini mencapai kejayaan komersial dengan menduduki tempat ke–2 di dalam Carta Digital Gaon.

Pada 30 Jun, Kim telah didedahkan akan membuat penampilan kameo di dalam drama Entourage bersama ahli I.O.I, Lim Na-young.[6] Pada 24 Julai, Kim telah didedahkan sebagai ahli rancangan tarian, Hit The Stage.[7] Pada 17 Ogos, Kim telah diumumkan akan berkolaborasi bersama ahli I.O.I, Choi Yoo-jung dan Jeon So-mi serta ahli DIA, Ki Hui-hyeon untuk lagu "Flower, Wind and You" yang diterbitkan oleh Boi B.[8]

Pada 21 Disember, M&H Entertainment mengesahkan bahawa Kim akan membuat debut sebagai artis solo pada awal tahun 2017 selepas selesai promosi I.O.I.[9] Pada 23 Disember, Kim berkolaborasi bersama Heo Jung-eun dan Ooon dari HALO untuk lagu "Snow In This Year" yang ditampilkan di dalam drama My Fair Lady.[10]

2017: Debut solo dengan Hands on Me

Pada 10 Januari, Kim telah dipilih untuk menjadi pengacara rancangan EBS, Ah! Sunday - A Running Miracle. Pada 21 April, Kim mengeluarkan lagu pra-debut bertajuk "Week" di dalam akaun Youtube M&H Entertainment.[11] Pada 7 Jun, Kim mengeluarkan album mini pertamanya bertajuk Hands on Me bersama lagu utama, "Why Don’t You Know".[12] Pada 17 Julai, Kim telah didedahkan akan muncul di dalam album Samuel Kim bertajuk Sixteen menerusi lagu "With U".[13]

Pada 24 Ogos, Kim telah didedahkan akan muncul di dalam lagu Babylon bertajuk LaLaLa.[14] Lagu ini dikeluarkan pada 31 Ogos. Kim kemudiannya mengambil alih tugas sebagai DJ bermula 3 September untuk program radio EBS, Listen.[15] Pada 19 September, Kim telah diumumkan akan menjadi pengacara rancangan Please Take Care of My Vanity bersama Leeteuk dari Super Junior dan Han Chae-young.[16]

Pada 22 November, episod pertama rancangan realiti beliau, "Chung Ha's Free Month" dikeluarkan di Youtube dan NaverTV.[17]

2018: Offset, dan Blooming Blue

Chungha mengeluarkan album mini kedua beliau bertajuk Offset pada 17 Januari 2018. Album mini ini mengandungi lima buah lagu termasuk lagu utama, "Roller Coaster".[18]

Pada 26 Jun, MNH Entertainment mengesahkan bahawa Chungha akan kembali pada 18 Julai bersama album mini ketiga beliau bertajuk Blooming Blue.[19] Chungha became the ambassador for the Seoul International Architecture Film Festival in October of the same year.[20] Ia diumumkan pada 8 Ogos bahawa dia akan menyertai kumpulan projek yang terdiri daripada Seulgi Red Velvet, Soyeon (G) I-dle dan SinB GFriend dipanggil SM Station X 0 untuk album projek SM Entertainment. Mereka mengeluarkan single "Wow Thing" pada 28 September.[21] Chungha bekerjasama dengan Yesung Super Junior dengan lagu, "Whatcha Doin'", dengan video muzik yang dikeluarkan pada 16 Disember.

2019–sekarang: XII dan Flourishing

Pada 2 Januari 2019, Chungha telah mengeluarkan album single, XII, dengan lagu "Gotta Go".[22] Pada 9 Januari, dia memenangi trofi program muzik pertama di MBC Music Show Champion .[23] Chungha telah berkolaborasi dengan ahli VIXX iaitu Ravi untuk single "Live", yang dikeluarkan pada 18 Februari 2019.[24]

Chungha dijangka mengeluarkan album mini keempatnya Flourishing pada 24 Jun 2019.

Rujukan

WikiPedia: Chungha http://www.allkpop.com/article/2016/06/iois-lim-na... http://www.allkpop.com/article/2016/07/more-idol-c... http://www.allkpop.com/article/2016/12/iois-kim-ch... http://www.allkpop.com/article/2016/12/iois-kim-ch... http://www.allkpop.com/article/2017/05/kim-chung-h... http://www.allkpop.com/article/2017/07/produce-101... http://kpopherald.com/view.php?ud=2018011815070462... http://entertain.naver.com/now/read?oid=311&aid=00... http://entertain.naver.com/ranking/read?oid=109&ai... http://entertain.naver.com/read?oid=076&aid=000317...