Chữ Hán atau
chữ Nho ([cɨ̌ ɲɔ],
𡨸儒, secara harfiahnya "aksara cendekiawan Konfusianisme") ialah istilah
bahasa Vietnam untuk
tulisan Cina, yang digunakan untuk menulis
bahasa Cina klasik dan
perbendaharaan kata Sino-Vietnam dalam bahasa Vietnam, berbeza dengan
chữ Nôm yang digunakan untuk menulis
perbendaharaan kata asli bahasa Vietnam.
Hán tự (sebutan Vietnam [hǎːn tɨ̂ˀ],
漢字, bermaksud "
tulisan Cina") adalah istilah untuk kegunaan berhubung teks asing.Pada zaman kerajaan klasik Vietnam, penulisan formal bahasa Vietnam biasanya dibuat dalam tulisan Cina klasik, sementara bahasa Vietnam cuma digunakan dalam penulisan sastera. Penulisan ini adalah sama dengan karya dalam tulisan Cina klasik yang dihasilkan di
China,
Korea atau
Jepun.Pembacaan Hán tự, sepertimana
Kanji and
Hanja, adalah mirip dengan gaya
bahasa Cina Pertengahan, dan memberi data yang bernilai untuk pengkajian sejarah fonologi bahasa Cina.Penggunaan bahasa Cina klasik dan bentuk penulisannya, Hán tự, telah pupus di Vietnam sejak kurun ke-20, selepas zaman
penjajahan Perancis dan kemerdekaan Vietnam.Sekurang-kurang pada kurun ke-13, satu sistem penulisan yang dimodel berdasarkan karakter Cina yang dipanggil
chữ Nôm telah dicipta di Vietnam. Tidak seperti sistem Hán tự, sistem ini membenarkan pengungkapan perkataan-perkataan asli Vietnam. Walaupun direka cipta oleh penutur asli bahasa Vietnam, ia memerlukan penggunanya memiliki sedikit pemahaman tentang chữ Hán (tulisan Cina). Oleh kerana itu, chữ Nôm hanya diguna pakai oleh golongan sasterawan elit untuk menulis karya sastera (seperti puisi
Nguyễn Du dan
Hồ Xuân Hương), sementara hampir semua penulisan dan dokumen rasmi terus ditulis dalam Hán Văn (
bahasa Cina klasik sehingga kurun ke-20.