Bahasa_Cina_klasik

Bahasa Cina Klasik (Bahasa Cina: 古文; pinyin: gǔwén; secara harfiah "bahasa bertulis purba") atau Bahasa Cina Sastera (Bahasa Cina: 文言文; pinyin: wényán wén; secara harfiah "bahasa harfiah") ialah gaya tulisan Cina tradisional yang berasaskan tatabahasa dan perbendaharaan kata bahasa Cina kuno, menjadikannya berlainan daripada mana-mana bentuk bahasa Cina lisan moden. Bagaimanapun, apa-apa perbezaan antara Bahasa Cina Klasik Sastera dan Vernakular Sastera masih kabur. Bahasa Cina Klasik pernah digunakan untuk hampir segala surat-menyurat rasmi sebelum dan pada awal abad ke-20, bukan sahaja di China bahkan juga (pada zaman-zaman berbeza) di Korea, Jepun dan Vietnam. Di kalangan penutur bahasa Cina, Bahasa Cina Klasik sudah diganti oleh Bahasa Cina Vernakular (白話, báihuà), iaitu gaya penulisan yang seiringan dengan pertuturan bahasa Mandarin kini, sementara penutur bukan bahasa Cina turut menginggalkan bahasa Cina Klasik untuk menggunakan tulisan vernakular tempatan masing-masing.Bahasa Cina Sastera dikenali sebagai Hanmun (漢文, "tulisan Han") dalam bahasa Korea; Kanbun (漢文, "tulisan Han") dalam bahasa Jepun; dan Chữ nho (字儒, "surat ilmiah") dalam bahasa Vietnam.